AL-BAYYINAH ALA MUDDA'IE WAL YAMIN ALA MAN ANKAR ALAIH [AHMAD FARIS AINAN BIN MOHD RADZI] PENDAHULUAN Didalam Islam, yang menjadi teras kepada pelaksanaan hukumnya adalah ia mesti adil kepada semua pihak. Sebagaimana firman Allah SWT yang mafhumnya bermaksud: “ Apabila kamu menetapkan hokum diantara manusia supaya kamu menetapkannya dengan adil ” Adil dalam konteks ini bererti memberi peluang kepada pihak-pihak untuk mengemukakan pendakwaan dan mengemukakan pembelaan diri. Atas asas ini, maka seseorang itu adalah tidak bersalah selagi mana tidak dibukutikan bersalah. Ini adalah selari dengan kaedah: الأصل براة ذمة (tiada apa-apa tanggungan pada asalnya)”. Maka jika dikaitkan antara kaedah ini dengan isu pendakwaan atau pembelaan maka ia bermaksud seorang itu tidak menanggung apa-apa beban kesalahan sehinggalah di buktikan yang sedemikian. Pelaksanaan proses kehakiman yang adil dan saksama adalah sangat dituntut di dalam agama Islam. Hal ini d...
KEMUDARATAN ITU DAPAT DIHILANG [SITI ZAINAB BINTI HANAPI] ( الضرر يزال ) Asal dari kaedah ini adalah hadits Nabi: La Darar wa La Dirar " لاضرر ولاضرار ". Darar adalah menimbulkan kerosakan pada orang lain secara mutlak. Sedangkan Al-Dirar ialah menyanggah kemudaratan dengan kemudaratan. Hadith “La Darara wa La Dirar” ini adalah nas pengharaman darar kerana terdapat “La al-Istighraqiyyah (penafian yang merangkumi) yang membawa maksud pengharaman semua jenis kemudaratan kerana ia merupakan suatu bentuk kezaliman, melainkan apa yang dikhususkan dengan dalil seperti hukuman hudud dan hukuman-hukuman lainnya.Ini bermakna, kemudaratan dan sanggahan dengan kemudaratan yang diharamkan ialah ianya tanpa hak yang diharuskan syarak. Sementara megenakan kemudaratan dengan hak, itu adalah tuntutan syarak. Contoh: Siapa yang merosakkan harta orang lain, maka bagi yang dirosak tidak boleh membalas dengan merosakkan harta benda si perosak. Kerana hal itu akan memperluas kero...