KEMUDARATAN ITU DAPAT DIHILANG
[SITI ZAINAB BINTI HANAPI]
(الضرر يزال)
Asal dari kaedah ini adalah hadits Nabi: La Darar wa La Dirar "لاضرر ولاضرار". Darar adalah menimbulkan kerosakan pada orang lain secara mutlak. Sedangkan Al-Dirar ialah menyanggah kemudaratan dengan kemudaratan. Hadith “La Darara wa La Dirar” ini adalah nas pengharaman darar kerana terdapat “La al-Istighraqiyyah (penafian yang merangkumi) yang membawa maksud pengharaman semua jenis kemudaratan kerana ia merupakan suatu bentuk kezaliman, melainkan apa yang dikhususkan dengan dalil seperti hukuman hudud dan hukuman-hukuman lainnya.Ini bermakna, kemudaratan dan sanggahan dengan kemudaratan yang diharamkan ialah ianya tanpa hak yang diharuskan syarak. Sementara megenakan kemudaratan dengan hak, itu adalah tuntutan syarak.
Contoh: Siapa yang merosakkan harta orang lain,
maka bagi yang dirosak tidak boleh membalas dengan merosakkan harta benda si
perosak. Kerana hal itu akan memperluas kerosakan tanpa ada manfaatnya. Kaedah
yang betul adalah si perosak mengganti barang atau harta benda yang dirosaknya.
Kaedah ini terbahagi kepada 5 bahagian:
1. Kerosakan ditolak seboleh yang mungkin (الضرر يدفع بقدر الإمكان).
2. Kerosakan dapat dihilangkan (الضرر يزال.
Kaedah ini terbahagi kepada 5 bahagian:
1. Kerosakan ditolak seboleh yang mungkin (الضرر يدفع بقدر الإمكان).
2. Kerosakan dapat dihilangkan (الضرر يزال.
3. Kerosakkan yang parah dihilangkan dengan
kerosakkan yang lebih ringan (الضرر الأشد يزال بالضرر
الأخف).
4. Kerosakan yang khusus ditangguhkan untuk menolak kerosakan yang umum (يتحمل الضرر الخاص لدفع الضرر العام).
5. Menolak kerosakan lebih utama daripada menarik kebaikan (درء المفاسد أولى من جلب المصالح).
4. Kerosakan yang khusus ditangguhkan untuk menolak kerosakan yang umum (يتحمل الضرر الخاص لدفع الضرر العام).
5. Menolak kerosakan lebih utama daripada menarik kebaikan (درء المفاسد أولى من جلب المصالح).
درء المفاسد أولى من جلب المصالح
درء المفاسد مقدم على جلب المصالح Dar al-Mafasid Muqaddam A’la Jalb
al-Masalih
Mengelak berlakunya kerosakan hendaklah didahului
dari menarik maslahah.
Juga terdapat lafaz yang kedua iaitu Dar almafasid
aula min jalb al-masalih.
Kaedah ini merupakan pecahan dari kaedah induk yang
berbunyi al-darar yuzal. Ia merupakan kaedah yang amat penting dalam islam,
bahkan Imam Izz Ibn abd al-Sallam mengatakan hukum Syarak tertakluk kepada dua
keadaan ini iaitu menarik maslahah atau mengelak mafsadah atau kerosakan.
Perbincangan berkaitan dengan maslahah dan mafsadah suatu perbincangan yang
amat penting dalam pembinaan hukum islam yang menentukan sama ada sesuatu maslahah
itu diambil kira atau sebaliknya dalam Islam.
Apabila
bertembung dua keadaan iaitu yang boleh mendatangkan maslahah atau
kerosakan dalam melakukan sesuatu perkara atau dalam mengelakkan sesuatu, maka
syarak telah menetapkan bahawa hendaklah dielakkan perkara yang
boleh mendatangkan kerosakan terlebih dahulu kemudian barulah dilakukan perkara
yang boleh mendatangkan kebaikan dengan syarat maslahah tersebut terlalu
sedikit berbanding kerosakan yang bakal terjadi. Sekiranya mafsadah yang bakal
berlaku sedikit atau masih belum tentu sedangkan maslahah yang bakal diperolehi
besar maka akan didahulukan maslahah. Kaedah ini masih mempunyai beberapa
kaedah yang bersangkut antara satu sama lain.
Al-quran
membicarakan hukum tentang arak dalam firmanNya dalam surah al-Baqarah ayat
219. Islam mengakui bahawa di
dalamnya ada sedikit kebaikan tetapi kerosakan yang terhasil dari arak melebihi
kebaikan yang diperoleh darinya. Lantaran itu kebaikan atau maslahah yang
terdapat didalamnya tidak diambil kira dan tidak diiktiraf untuk
menghalalkan semua urusan yang berkaitan dengan arak sama ada
penghasilan,penjualan, penghantaran dan sebagainya.
Al-Quran
Firman
Allah SWT:
مَن كَفَرَ بِاللهِ مِن بَعْدِ إيمَانِهِ إِلَّا مَنْ
أُكْرِهَ وَقَلْبُهُ مُطْمَئِنٌّ بِالْإِيمَانِ وَلَـــٰــكِن مَّن شَرَحَ
بِالْكُفْرِ صَدْرًا فَعَلَيْهِمْ غَضَبٌ مِّنَ اللهِ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ
﴿١٠٦﴾
“Barangsiapa yang kafir kepada Allah sesudah dia
beriman (dia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa kafir
padahal hatinya tetap tenang dalam beriman (dia tidak berdosa), akan tetapi
orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran, maka kemurkaan Allah menimpanya
dan baginya azab yang besar”. (QS. An Nahl. 106).
Dari surat An Nahl ayat 106 tersebut diperoleh
penjelasan bahawa jika seseorang dalam keadaan dipaksa kafir sedang hatinya
tetap dalam keadaan beriman (hatinya tidak menginginkannya dan tidak pula
melampaui batas), maka tidak ada dosa baginya. Sedangkan batasan terpaksa
sebagaimana penjelasan surat An Nahl ayat 106 tersebut adalah jika sampai
mengancam jiwa.
Hal ini menunjukkan bahawa menolak mudharat /
bahaya (iaitu menghindari terancamnya jiwa) adalah lebih didahulukan daripada
mengambil manfaat, iaitu mempertahankan keimanan (dengan catatan hatinya tidak
menginginkannya dan tidak pula melampaui batas).
Firman
Allah SWT:
يَسْأَلُونَكَ
عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ
وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا
Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan
judi. Katakanlah: "Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa
manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya" [QS. Al-Baqarah : 219].
Ibnu Katsir rahimahullah berkata : “Dosa itu berkait dengan masalah agama, sedangkan manfaatnya berhubungan dengan masalah duniawi, iaitu minuman itu bermanfaat bagi badan, membantu pencernaan makanan, mengeluarkan sisa-sisa makanan, mempertajam sebagian pemikiran, kenikmatan, dan daya tariknya yang menyenangkan. Sebagaimana dikatakan oleh Hasan bin Tsabit pada masa Jahiliyyah :
Ibnu Katsir rahimahullah berkata : “Dosa itu berkait dengan masalah agama, sedangkan manfaatnya berhubungan dengan masalah duniawi, iaitu minuman itu bermanfaat bagi badan, membantu pencernaan makanan, mengeluarkan sisa-sisa makanan, mempertajam sebagian pemikiran, kenikmatan, dan daya tariknya yang menyenangkan. Sebagaimana dikatakan oleh Hasan bin Tsabit pada masa Jahiliyyah :
Kami meminumnya hingga kami terasa sebagai raja
dan singa
Yang pertemuan itu tidak menghentikan kami
Yang pertemuan itu tidak menghentikan kami
Demikian
juga menjualnya dan memanfaatkan wang hasil dari penjualannya. Dan juga
keuntungan yang mereka dapatkan dari permainan judi, lalu mereka nafkahkan
untuk diri dan keluarganya. Tetapi faedah tersebut tidak sebanding dengan
bahaya dan kerosakan yang terkandung di dalamnya, karena berhubungan dengan
akal dan agama. Untuk itu Allah berfirman : ”tetapi dosa keduanya lebih besar dari
manfaatnya" [selesai – Tafsir Ibni Katsir 2/291-292].
Firman
Allah SWT
وَلا
تَسُبُّوا الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ فَيَسُبُّوا اللَّهَ عَدْوًا
بِغَيْرِ عِلْمٍ كَذَلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمْ ثُمَّ إِلَى
رَبِّهِمْ مَرْجِعُهُمْ فَيُنَبِّئُهُمْ بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan
yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan
melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat
menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali
mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan” [QS. Al-An’am : 108].
Memaki
sembahan mereka sebenarnya membuat mereka marah, menghinakan mereka dan
sembahan mereka, serta sebagai satu pembelaan terhadap agama Allah. Namun Allah
melarangnya karena jika kita menempuh jalan tersebut akan terbuka jalan/sebab
mereka memaki Allah tanpa ilmu. Hal itu merupakan mafsadat yang lebih besar
lagi. Oleh karena itu maslahat untuk tidak memaki sembahan mereka lebih besar
daripada maslahat yang dicapai dengan memaki sembahan mereka.
Hadith
Hadits
‘Aisyah radliyallaahu ‘anhaa, bahwasannya
Nabi SAW pernah
bersabda :
يا عائشة
لولا أن قومك حديث عهد بجاهلية لأمرت بالبيت فهدم فأدخلت فيه ما أخرج منه وألزقته
بالأرض
“Wahai ‘Aisyah, seandainya bukanlah kerana
kaummu baru saja lepas dari Jahiliyyah, nescaya aku akan perintahkan
meruntuhkan Ka’bah, lalu aku masukkan ke dalamnya apa yang pernah dikeluarkan
daripadanya, dan Nescaya aku akan tempelkan (pintunya) ke tanah…” [HR. Al-Bukhari no. 1586 dan Muslim no.
1333].
Hadits
di atas memberikan satu pelajaran bahawa Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam meninggalkan
kemaslahatan pembangunan Ka’bah sesuai aslinya berdasarkan asas Nabi
Ibrahim ‘alaihis-salaam demi menolak
mafsadah; iaitu jika beliau shallallaahu ‘alaihi wasallam meruntuhkannya,
maka manusia akan lari dari Islam atau murtad kerananya. Maka, beliau shallallaahu
‘alaihi wasallam mendahulukan menolak mafsadah daripada upaya
mencari maslahat.
Hadits
Jabir radliyallaahu
‘anhu tentang ‘Abdullah bin Ubay bin Salul dan kaum munafiqin
lainnya :
وقال عبد
الله بن أبي بن سلول أقد تداعوا علينا لئن رجعنا إلى المدينة ليخرجن الأعز منها
الأذل فقال عمر ألا نقتل يا رسول الله هذا الخبيث لعبد الله فقال النبي صلى الله
عليه وسلم لا يتحدث الناس أنه كان يقتل أصحابه
“’Abdullah bin Ubay bin Salul berkata : ‘Apakah
orang-orang Muhajirin menentang kita ? Jika kita sudah kembali ke Madinah,
pasti kelompok yang kuat akan mengusir kelompok yang lemah dari Madinah’. ‘Umar
berkata : ‘Ya Rasulullah, mengapa tidak kita bunuh saja orang jahat ini ?’.
Maksudnya : ’Abdullah bin ’Ubay bin Salul. Maka Nabi SAW bersabda : ’Jangan
sampai orang-orang berkata bahawa Muhammad membunuh shahabatnya sendiri” [HR.
Al-Bukhari no. 3518].
Nabi SAW menahan diri dari membunuh kaum munafiqin padahal (kalaupun dilakukan) terdapat maslahat. Namun hal itu tidak dilakukan agar tidak menjadi sebab larinya manusia (dari Islam) dan mereka mengatakan bahwa Muhammad telah membunuh para sahabatnya.
Jika terkumpul di dalamnya antara maslahat dan
mafsadat dalam satu perkara, maka harus dipertimbangkan dengan benar untuk
mengambil kesimpulan dalam amalan. Wajib baginya untuk menilainya, mana yang
lebih utama antara maslahat atau mafsadatnya yang akan timbul. Jika maslahat
yang dihasilkan lebih besar daripada mafsadatnya, maka dianjurkan baginya untuk
melakukan amalan tersebut. Akan tetapi jika sebaliknya, mafsadat yang ditimbulkan
lebih besar daripada maslahatnya, maka ia tidak boleh untuk melaksanakannya.
Bahkan haram dilakukan. Jika maslahat dan mafsadat yang ditimbulkan sama, maka
hendaknya ia tetap tidak melakukannya sebagai langkah kehati-hatian (terhadap
mafsadah yang diperkirakan timbul)
Pembahagian
Maslahah
Maslahah
mempunyai banyak bahagian ada maslahah yang wajib seperti solat, maslahah yang
sunat seperti solat sunat dan maslahah yang mesti ada dalam masyarakat seperti
menyembahyangkan jenazah. Begitu juga dengan mafsadah ada yang makruh dan ada
yang haram.
Dari
sudut yang lain Ulama telah membahagikan maslahah kepada 3 bahagian;
1. Maslahah
yang diambi kira oleh syarak
2. Maslahah
yang tidak diambil kira.
3. Maslahah
mursalah.
1.
Diberi kelonggaran untuk meninggalkan beberapa kewajipan dengan sedikit
kesukaran seperti dibolehkan duduk ketika solat , berbuka ketika
sakit. Adapun perbuatan yang dilarang syarak tidak memberi kelonggaran untuk
melakukannya lebih –lebih lagi dosa –dosa besar .
2.
Berlebih –lebihan ketika berkumur dan memasukkan air dalam hidung adalah sunat
tetapi hukumnya makruh ketika berpuasa kerana ditakuti akan menyebabkan
terbatal puasanya. Maka apabila bertembung antara maslahah (sunat
berlebihan)dengan mafsadah(batal puasa)maka hendaklah dielakkan perkara yang
boleh membatalkan puasa
3.Mendedahkan
kepincangan dalam pentadbiran negara kepada orang ramai dibolehkan untuk
mengelakkan orang ramai memilih pemimpin yang sama mentadbir negara yang boleh
membawa negara kepada kehancuran.
4.
Haram membuka kilang arak,premis judi, kelab malam ,rumah urut walaupun boleh
membuka peluang pekerjaan kepada orang ramai kerana kerosakan lebih besar
berbanding kebaikan.
5.Berbohong
adalah dilarang tetapi apabila membawa kepada kebaikan ianya diharuskan seperti
berbohong untuk mendamaikan dua orang yang berbalah atau untuk kebaikan suami
isteri
Berikut contoh aplikasi kaedah ”Jalb-u al
mashālih wa dar-u al mafāsid”
Penyelesaian pertama: Berusaha untuk mewujudkan
semua jenis kemaslahatan dan menghilangkan semua kerosakan.
Dalam kaedah pertama ini, kita berusaha seboleh
yang mungkin untuk mewujudkan maslahah dan menghilangkan semua kerosakan.
Sebab, syariah turun untuk memelihara kemaslahatan dan menghilangkan semua
kerosakan. Maka, maslahah apa pun jenisnya, harus dipelihara. Dan
kerosakan apapun wajib untuk dihilangkan. Akan tetapi, tuntutan memelihara dan
menghilangkan maslahah dan kerosakan bersifat relatif—maksudnya, ia boleh jadi
wajib, sunnah, haram, makruh, sesuai dengan kadar mashlahah-mafsadah. Seperti
mana kaedah fasakh, perempuan boleh meminta untuk difasakhkan perkahwinannya
jika dia merasakan dirinya teraniaya. Mereka boleh menghilangkan kemudaratan
itu dengan memohon fasakh, khulu’ atau muta’ah. Ini kerana perempuan tidak
mempunyai kuasa untuk menjatuhkan talak. Jadi Islam amat menitik beratkan
keadilan dan membenarkan perempuan memfasakhkan perkahwinan mereka.
Penyelesaian kedua: mewujudkan maslahah dan
menghilangkan kerosakan semampu yang boleh dilakukan.
Kaedah pertama adalah cara paling maksimum
dalam upaya ”Jalb-u al mashālih wa dar-u al mafāsid.” Dalam kaedah kedua ini,
kita lebih bersikap realistik berupaya mewujudkan dan merawat
kemaslahatan dan menghilangkan mafsadah dengan cara yang lebih efektif.
Penyelesaian yang ditawarkan dalam kes kedua ini sesuai dengan kaidah furu’: al
mafsadah tadra’u bi qadr al imkan atau al maisur la yasquthu bi al ma’tsur. Dalam
sebuah riwayat, Nabi SAW tidak pernah memilih salah satu dari dua perkara
kecuali yang paling mudah selama tidak berdosa dan/ atau perkara haram. Kalau
kita dituntut untuk mengatasi masalah dengan penyelesaian yang terdapat pada
kaedah yang pertama, kemungkinan yang lebih besar sedikit sekali yang mampu
menjalankannya atau bahkan tidak ada sama sekali.
Penyelesaian ketiga: Yang lebih utama
menghilangkan mafsadah dari pada mewujudkan maslahah manakala keduanya dalam
keadaan yang sama; tidak berat ke salah satunya.
Sebagai contoh, sebelum kedua mereka, iaitu
suami dan isteri melalui proses fasakh,mereka mungkin boleh mencuba
menyelesaikan masalah rumah tangga mereka melalui kaedah kaunseling terlebih
dahulu atau cuba menyelesaikan dengan melantik hakam.
(Kes Pertama)
JH 37
BHG. 1
ADENAN
BIN OTHMAN LWN INTAN IZZATI BINTI MD HASHIM
[Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Kelantan, YA
Tuan Haji Abdullah Bin Man, HMTS, 17 Julai 2007.
Kes Mal No. 03500-099-0004-2007
Fakta Kes
Dalam kes ini Perayu Adenan Bin Othman tidak
berpuas hati dengan keputusan yang telah dibuat oleh Hakim Mahkamah Rendah
Syariah Kota Baharu yang mana Hakim bicara telah menolak permohonan Perayu
untuk mendengar kes taat balik dan mendengar permohonan cerai yang difailkan
Responden Intan Izzati Binti Md Hashim.
Diputuskan
Mahkamah membuat keputusan pada hari ini rayuan
Perayu ditolak dan Mahkamah kekalkan dengan keputusan Hakim Bicara.
Alasan Penghakiman YA HMTS
Dalam hal begini, Mahkamah perlu melihat sejauh
manakah mereka berdua menjalani hidup secara aman. Adakah mereka berbahagia
atau pun mereka sudah sampai kepada tahap syiqaq atau asyaddu syiqaq yang tidak boleh
diperbaiki lagi. Mahkamah melihat kedua-dua pihak sudah pun lama tidak tinggal
bersama ekoran daripada pengesahan lafaz cerai yang dibuat oleh Responden pada
Jun 2005 yang telah memakan masa dua tahun. Jika Hakim membicarakan kes tahap balik
maka perkara ini tidak dapat diselesaikan. Oleh itu, Hakim Bicara memutuskan
kes permohonan cerai didahulukan. Dan Mahkamah
melihat realiti kes dan kes cerai didengar terlebih dahulu kerana jika
didengarkan kes taat balik dahulu, maka ia tidak akan membawa kepada
penyelesaian kerana pihak Responden bertekad hendak bercerai. Mahkamah
dapati selepas daripada keputusan
pengesahan cerai berpihak kepada Perayu tidak ada sebarang usaha yang diambil
oleh Perayu untuk berbaik-baik semula malah ia seperti tidak ada selain
daripada memfailkan permohonan taat balik.
Jika Mahkamah membiarkan kes ini untuk
mendengar kes taat balik maka perpecahan mereka lebih teruk lagi. Berhubung
dengan kaedah fiqh yang dihujahkan oleh Peguam Perayu
درء
المفاسد اولى من جلب المصالح
Maksud: Menolak keburukan lebih baik dari mengambil
kebaikan
Dan hadith Raslullah SAW:
ابغض الحلال الى الله الطلاق
Maksud: Perkara halal yang paling dibenci Allah adalah
talaq
Pada pandangan Mahkamah kaedah ini dan hadith tersebut
adakah ia sesuai dengan kes yang kita hadapi. Jika hanya berpegang dengan
kaedah dan hadith ini semata-mata tanpa mengira soal yang mana lebih baik bercerailah
atau berdamai. Maka tentu tidak timbul soal khulu’ dalam Islam, soal fasakh,
soal membatal nikah, soal hukum-hukum bercerai dalam Islam yang mana kita
dapati ada hukum makruh, sunat, wajib dan haram.
Kes
Kedua
Dalam Mahkamah Rendah Syariah Daerah Melaka Tengah Negeri Melaka
Tindakan kes Mal Bil: 04001-0208-2011
Fakta kes
Plaintiff dalam kes ini xxxxx No. KP: 67XXXX-XX-XXXX
yang beralamat di No. 36 Jalan PE 14, Taman Paya Emas, Paya Rumput 75650 Melaka
telah menfailkan Permohonan Perceraian secara fasakh ke atas pihak Defendan
(suami) iaitu xxxxxx No. KP: 69XXXX-XX-XXXX menurut peruntukan dibawah 53 (1)
(b) (h) dan (l) EUKINM 2002. Plaintif dan Defendan dalam kes ini adalah suami
isteri yang sah. Mereka bernikah di Felda Bukit Mahdi Triang Pahang pada
6-11-1992.
Menurut satu kaedah Fiqh sebagaimana di dalam kitab
Asbahu Wa An-Nadhair Fi Qawaid Al-Fiqhiyah, karangan Imam Jamaluddin Abdul
Rahammn As-Sayuthi yang menyatakan bahawa
درء المفاسد على جلب المصالح
“
Menolak kerosakan-kerosakan lebih utama daripada menarik
kemaslahatan-kemaslahatan”.
Permohonan Plaintif ini adalah bersesuaikan dengan
pandangan ulamak Maliki yang menyatakan iaitu mengharuskan pemisahan dilakukan
kerana tidak sehaluan dan juga kerana melakukan kemudaratan. Ini adalah untuk
mengelakkan pertelingkahan yang berterusan sehingga kehidupan keluarga dan
rumahtangga itu bertukar menjadi neraka dan bala bencana.
Di dalam Kitab Al Qawaid al-Fiqhiyyah, karangan Prof
Dr Abdul Aziz Muhammad Azzam hlm 163, cetakan Dar al-Hadis Mesir Tahun 2005 ada
menyebut:
درء المفاسد مقدم على جلب المصالح ما إذا
كانت المفسادة مرجوحة فتقدم المصلحة
“Menolak
kerosakan-kerosakan lebih utama daripada menarik kemaslahatan-kemaslahatan.
Selama kerosakan itu lebih rajih (lebih kuat) maka ketika itu kemaslahatan
diutamakan.
Berdasarkan kaedah fiqhiyyah diatas, mahkamah melihat
bahawa dikekalkan perkahwinan itu baik kerana islam melarang perceraian, tetapi
jika dikekal pihak Plaintif menghadapi kesengsaraan akibat daripada Defendan tidak
memberi nafkah zahir dan batin sejak 9/2/2009. Andainya diteruskan perkahwinan
ini sudah tentu Plaintif akan menjalani kehidupan yang tdak tahu kesudahan
nasibnya.
Maka Mahkamah dengan ini memberi keputusan:
1. Mahkamah mensabitkan aduan Plaintif bahawa Defendan telah gagal dan cuai
mengadakan nafah zahir sejak Oktober 2010 sehingga sekarang kepada Plaintif,
maka dengan ini Mahkamah bubarkan perkahwinan antara Plaintif.
2. Mahkamah perintahkan Jabatan agama Islam Negeri
Pahang membatalkan sijil pernikahan di antara Plaintif dengan Defendan.
3. Mahkamah memerintahkan Plaintif supaya menjalani
tempoh edah selama 3 kali suci mulai hari ini /
/ 2011
4. Mahkamah memerintahkan perceraian secara fasakh ini
didaftarkan di Pejabat Agama Islam Melaka (JAIM) Melaka.
Comments
Post a Comment