AL-ASL BAQA' MA KANA ALA MA KANA
[MASITAH BINTI YAACOB]
1.0 PENDAHULUAN
Kewujudan himpunan kaedah-kaedah
fiqh dalam tradisi keilmuan Islam membuktikan bahawa terdapat usaha yang telah
dilakukan oleh para ilmuwan Islam untuk menghimpunkan kaedah-kaedah fiqhiyyah
untuk dijadikan panduan oleh umat Islam bagi menyelesaikan permasalahan hukum
yang muncul dalam masyarakat di sepanjang zaman. Dalam tugasan kali ini saya
mengambil tajuk dari pecahan Kaidah
Kubra Kedua .
اﻷﺻﻞ ﺑﻘﺎء ﻣﺎ ﻛﺎن ﻋﻠﻰ ﻣﺎ ﻛﺎن
“Hukum Asal sesuatu
itu adalah kekal seperti sedia ada.”
Contoh aplikasinya: Jika seseorang telah berwudhu untuk solat fardhu, dan
setelah solat ia masih merasa yakin dalam kedaan suci, namun ketika hendak
solat fardhu berikutnya ia ragu adakah sudah batal atau tidak, maka ia dikira
tetap dalam keadaan suci. Dan hukum asal sesuatu itu adalah sepert ketetapan
awal itu. Kaedah
fiqh sebagai hujah
"asal sesuatu itu kekal mengikut apa yang ada sebelumnya."
Kaedah
ini adalah sebahagian daripada kaedah yang utama yang mana keyakinan tidak
boleh dihapuskan oleh keraguan.Ada beberapa ayat dari al-Quran dan al-Sunnah yang menjadi panduan
antaranya:Surah Yunus ayat 36:Ertinya:
"Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan
sesuatu sangkaan sahaja, sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi
kehendak menentukan
sesuatu dari kebenaran (I’tiqad). Sesungguhnya Allah
maha mengetahui akan apa
yang mereka lakukan ."
Sebagaimana
hadis nabi s.a.w:
Maksudnya:"apabila
seseorang kamu merasakan sesuatu di dalam perutnya kemudian timbul
keraguan dengan sebabnya;apakah sesuatu telah keluar darinya .
Di
dalam penghakiman hakim-hakim menggunakan kaedah ini untuk menentukan status harta yang menjadi pertikaian
misalnya dalam kes Ibrahim bin Haji Abu Bakar
v Mohd Ali bin Mohd Sah dan lain-lain di mana Hakim menerapkan prinsip kepastian
untuk menentukan apakah harta itu jatuh dibawah
wasiat atau pusaka. Di dalam kes ini hakim telah
menggunakan kaedah untuk memutuskan bahawa harta tersebut adalah harta pusaka
untuk pembahagian menurut hukum faraid.Pemakaian kaedah fiqh dapat juga dilihat
di dalam kes Noraini binti Mokhtar v Abd. Halim bin
Samat.
Mahkamah
rayuan yang memutuskan bahawa harta itu adalah harta sepencarian telah
mengguna pakai kaedah sebagai usaha bersama mereka selagi tiada bukti menunjukkan
sebaliknya. Mengenai perbezaan hutang oleh pihak-pihak untuk memperoleh hak
milik sebesarRM1000, Hakim melihat ia harus ditanggung oleh pihak-pihak secara
sama rata.
2.0 QAEDAH FIQH
Kaedah pecahan bagi kaedah asas ( اليقين لا يزال بالشك)
ialah:
1. (الأصل بقاء ما كان على ماكان )
1. (الأصل بقاء ما كان على ماكان )
iaitu asal Sesuatu perkara itu kekal
mengikut apa yang ada sebelumnya.
2. ( القديم يترك على قدمه)
2. ( القديم يترك على قدمه)
iaitu apa yang ada semenjak dulu
dibiarkan atas kedahuluannya.
3. (الأصل براءة الذمة)
3. (الأصل براءة الذمة)
iaitu asal seseorang adalah bebas
daripada tanggungjawab.
4. (الأصل العدم)
4. (الأصل العدم)
iaitu asal segala sesuatu ialah
tiada.
5. (الأصل في الصفات أو الأمور العارضة العدم)
5. (الأصل في الصفات أو الأمور العارضة العدم)
iaitu asal pada sifat atau perkara
baru mendatang ialah tiada.
2.1 PENGENALAN KHUSUS KAEDAH
لأصل
بقا ما كان على ما كان
Maksud kepada kaedah tersebut ialah Asal Sesuatu Perkara Itu Kekal Mengikut Keadaan Sebelumnya. Kaedah ini menunjukkan kekal sesuatu dengan mengikut sabit hukum pada masa lalu. Kaedah ini adalah sebahagian daripada kaedah yang utama yang mana keyakinan tidak boleh dihapuskan oleh keraguan.
Maksud kepada kaedah tersebut ialah Asal Sesuatu Perkara Itu Kekal Mengikut Keadaan Sebelumnya. Kaedah ini menunjukkan kekal sesuatu dengan mengikut sabit hukum pada masa lalu. Kaedah ini adalah sebahagian daripada kaedah yang utama yang mana keyakinan tidak boleh dihapuskan oleh keraguan.
2.2 DALIL PANDUAN KAEDAH
Ada
beberapa ayat dari al-Quran dan al-Sunnah yang menjadi panduan antaranya:
Surah
Yunus ayat 36:
وَمَا
يَتَّبِعُ أَكْثَرُهُمْ إِلَّا ظَنًّا ۚ إِنَّ ٱلظَّنَّ لَا يُغْنِى مِنَ ٱلْحَقِّ
شَيْـًٔا ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌۢ بِمَا يَفْعَلُونَ
Ertinya:
"Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan
sesuatu sangkaan sahaja, sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi
kehendak menentukan
sesuatu dari kebenaran (I’tiqad). Sesungguhnya Allah
maha mengetahui akan apa
yang mereka lakukan ."
Sebagaimana
hadis nabi s.a.w: Maksudnya :"apabila
seseorang kamu merasakan sesuatu di dalam perutnya kemudian timbul
keraguan dengan sebabnya;apakah sesuatu telah keluar darinya atau tidak?
Janganlah sesekali dia keluar dari masjid sehingga dia mendengar
suara atau mendapatkan bau (ia dapati ada bukti batal wuduk) .
"
2.3 DARIPADA KAEDAH INI TERBENTUK BEBERAPA APLIKASI KAEDAH CONTOHNYA:
· Barang siapa yang
yakin bersuci kemudian ia syak terkeluar hadas maka dihukumkan dia masih
bersuci atau seorang yang yakin berhadas dan ia syak bersuci maka dikira masih
berhadas.
· Orang yang makan
dan minum pada akhir malam dan ia syak tentang naik fajar (subuh) maka puasanya
sah sebab asalnya malam masil kekal dan jika ia syak tentang jatuh matahari
atau tidak maka terbatallah puasanya sebab yang asal hari siang masih kekal.
3.0 KES PERTAMA
Noraini binti Mokhtar Lwn Abd.
Halim bin Samat
[ Mahkamah Rayuan Syariah Di Kota Bharu , Kelantan ( Dato’ Haji
Daud bin Muhammad , KHS , Prof . Dato’ Dr.Mahmood Zuhdi bin Abd .Majid , HMRS,
Tn .Hj Wan Hassan bin Wan Mohamed , HMRS) 31 Mei ,2004
Kes rayuan mal no : 03000-017-0004-2004
Tuntutan harta sepencarian
Fakta kes
Perayu dalam kes ini mengemukakan rayuan tidak puas hati di atas
keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang menolak tuntuntanya pada 18 Disember
2003. Perayu Puan Noraini Bt Mokhtar berumur 44 tahun mengemukakan Tuntutan
Harta Sepencarian di dalam Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu menuntut sebanyak
2/3 daripada harta-harta berikut :
1.
Sebuah rumah banglo dua tingkat yang bernilai sebanyak RM150,000.00
2.
Tanah tapak rumah Lot No.727 Mukim Langgar, Jalan Long Yunus , Kota
Bharu bernilai sebanyak RM80,000.00
3.
Tanah Lot No.4924 Mukim Pasir Genda, Tanah Merah 2/3 bahagian yang
bernilai sebanyak RM20,000.00 semuanya berjumlah RM250,000.00.
الأصل بقاء ما كان على ما كان
Bermaksud pada asalnya harta itu atas nama perayu dan responden dan
tidak ada apa-apa keterangan atau bukti yang menunjukkan sebaliknya. Mahkamah
berpuas hati harta sepencarian masin-masing mendapat ½ daripadanya. Manakala
banglo dua tingkat yang dituntut yang berada dalam tanah tersebut tidak terdapat
sebarang keterangan atau bukti yang menunjukkan bahawa rumah tersebut milik
salah satu pihak samaada perayu atau responden. Oleh yang demikian, ianya milik
bersama. Yang menjadi isu dalam pertikaian rumah tersebut ialah siapakah
diantara mereka yang membayar lebih banyak? Jika dilihat daripada pinjaman
perumahan , perayu meminjam RM10,000.00 dan responden RM80,000.00, tetapi dari
pengakuan kedua-dua pihak bahawa wang pinjaman perumahan tersebut diperolehi
setelah rumah berkenaan siap dibina ½ daripadanya dan bukan semua jumlah
RM80,000.00 itu dibelanjakan untuk rumah berkenaan dan perayu selain daripada
meminjam RM10,000.00 dengan bahagian perumahan telah meminjam daripada KWSP dan
Lembaga Urusan Tabung Haji ( LUTH). Mengenai persoalan ini kedua-dua pihak
memperolehi wang dengan cara masing-masing berhutang semasa mereka masih dalam
perkahwinan berjumlah sebanyak RM140,000.00 bagi menyiapkan sebuah rumah banglo
dua tingkat di atas tanah Lot 727 , Mukim Langgar , Jalan Long Yunus , Kota
Bharu itu dimana masing-masing berhak sebanyak RM70,000.00 atas harga rumah
semasa siap dibina sebagaimana diam jawapanya menyatakan bahawa nilai rumah itu
ialah sebanyak RM120,00.00 dan mengikut nilai semasa yang dibuat oleh penilai
yang bertauliah , Allied Group Property Consultants ialah sebanyak RM150,000.00
dan mahkamah menerima nilai RM140,000.00 itu berasaskan kepada masa rumah itu
disiapkan ditambah pula dengan responden mengaku membayar untuk rumah sebanyak
RM71,000.00 dari pinjamanya yang berjumlah RM80,000.00 itu kerana sebanyak
RM9,000.00 Responden mengaku telah mengambil untuk membayar hutang kakaknya
bernama Aminah sebanyak RM7,000.00 dan RM2,000.00 lagi untuk bayar hutang
ibunya dan selebihnya wang plaintif berjumlah sebanyak RM69,00.00 di mana dia
membayar balik kepada bapanya sebanyak RM35,000.00 , RM10,000.00 daripada
pinjaman perumahan , RM6,000.00 dari Tabung Haji yang dikeluarkan dari simpanan
perayu dan RM18,000.00 dari KWSP yang dikeluarkan nya yang berjumlah semuanya
RM69,000.00. Perbezaan hutang sebanyak RM1,000.00 itu hendaklah dibayar oleh
perayu kepada responden . manakala hutang dengan kerajaan berhubung dengan
rumah tersebut tertanggung atas masing-masing membayarnya mengikut kadar yang
ditetapkan ke atas keduanya.
KEPUTUSAN
Berdasarkan dengan alasan-alasan di atas mahkamah membuat keputusan
sepertimana berikut :
Mahkamah rayuan yang bersidang pada hari ini setelah mendengar
hujah dari Peguam Syarie kedua-dua pihak dan meneliti segala rekod rayuan dan
dokumen- dokumen yang berkaitan , dengan sebulat suara memutuskan bahawa IPILAN
DITERIMA dan hukuman Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu yang dijatuhkan pada
18/1/2003 DIBATALKAN. Dan mahkamah ini membuat keputusan dan menghukum
harta-harta yang dituntut iaitu :
i.Sebuah rumah banglo dua tingkat yang bernilai sebanyak
RM150,000.00
ii.Tanah tapak rumah Lot No.727 Mukim Langgar, Jalan Long Yunus ,
Kota Bharu bernilai sebanyak RM80,000.00
iii.Tanah Lot No.4924 Mukim Pasir Genda, Tanah Merah 2/3 bahagian
yang bernilai sebanyak RM20,000.00 semuanya berjumlah RM240,000.00 adalah sabit
sebagai harta sepencarian dia antara perayu dan responden , dan hendaklah
dibahagi dua. Masing-masing mendapat ½ seorang dan hutang yang berpunca dari
pembinaan rumah hendaklah masing-masing membayarnya dengan tertanggung ke atas
pihak yang kekurangan hutangnya untuk membayar kepada pihak yang lebih banyak
hutangnya bagaimana yang dijelaskan dalam alas an penghakiman ini.
3.2 KES KEDUA
Ibrahim Yusuff Lwn Eshah Hj.Ishak dan 4 yang lain
[ Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Kelantan, ( Dato’ Hj. Daud bin
Muhammad, KHS, Dato’ Nik Hashim bin Nik Ab Rahman, HMRyS, Tuan Haji Rawi bin
Mat Yaman , HMRyS) 22 Zulhijjah 1426H bersamaan 22 Januari, 2006 ]
[ Kes Rayuan
Bil : 03000-044-0008-2004 ]
Fakta Kes
Perayu dalam
kes ini mengemukakan rayuan tidak puas hati di atas keputusan Hakim
Mahkamah Tinggi Syariah pada 30 November
2003 yang menolak tuntutannya supaya mengesahkan pemberian hidup (hibah) arwah
datuknya Haji Ishak Bin Awang Teh kepada arwah ibunya Zainab Bt Ishak.
Perayu mendakwa
ibu saudaranya Eshah Binti Haji Ishak dan empat orang sepupu sebelah ibunya
iaitu anak kepada Eshah Binti Haji Ishak yang pertama bernama Amnah Bt Omar ,
kedua Rosemini Bt Omar , ketiga Shamsulbahri Bin Omar dan keempat Norhayati Bt
Omar , menuntut setengah ( ½) bahagian tanah Lot 319 Seksyen 26 Bandar Kota
Bharu bernilai setengah bahagian sebanyak RM116,5000.00 yang telah diberi oleh
arwah datuknya Haji Ishak Bin Awang Teh kepada ibunya Zainab Bt Hj Ishak secara
pemberian hidup ( hibah ) semasa hayat arwah datuknya dan harta tersebut
menjadi hak pesakanya daripada arwah ibunya yang meninggal dunia pada 13 Julai
1995 kerana ibunya tidak ada anak lain selain daripadanya seorang sahaja. Dan
di atas tanah tersebut terdapat dua buah rumah. Salah satu daripadanya
kepunyaan ibunya yang diduduki olehnya semasa dia masih hidup dan selepas dia
mati perayu terus tinggal di atas rumah tersebut dan menjadi haknya dan sebuah
lagi rumah kepunyaan Esah Bt Hj Ishak yang didiami olehnya sehingga dia
berpindah ke Kuala Lumpur. Tanah tersebut ditukar nama dari datuknya Arwah Hj
Ishak Bin Awang The kepada Eshah Bt Haji Ishak pada 4 November 1964 dan
kemudiannya pada 8 Jun 1995 ditukar pula kepada empat orang anak Eshah tersebut
di atas tanpa pengetahuan perayu. Responden pertama mendakwa penukaran nama
tersebut disebabkan si mati Hj Ishak bin Awang The telah berhutang dengan ceti
haram dan hutang tersebut telah dibayar oleh suami responden pertama dan
sebagai balasanya tanah tersebut ditukar nama kepada beliau.
Alasan Hakim
Bicara
Tuntutan
mengikut sek.9(2)(vi) Enakmen Pentadbiran
Mahkamah Syariah Negeri Kelantan 1982. Tuntutan Alang Hayat ( hibah) ,
amaun Ringgit Malaysia 169,500.00 .Ibrahim Yusuff selaku plaintif , manakala
Eshah binti Hj.Ishak ,Amnah binti Omar , Rosemini binti Omar, Shamsul Bahri bin
Omar dan Norhayati binti Omar adalah selaku defendan.
Menurut sek.2
(1) Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah Negeri Kelantan 1982, erti hibah atau
alang hayat ialah pemberian percuma atau pindah milik harta oleh seseorang
dalam masa hayat kepada sesiapa yang dikehendaki.
Alasan Rayuan
Perayu
1.
Rayuan ini
timbul dari satu penghakiman Tuntutan Pengesahan Pemberian Hidup. Kes Mal Bil :
03100-044-01 dalam Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Kelantan yang telah dibuat
oleh Yang Arif Haji Muhammad Lutpi Bin Haji Noor di mana satu hukuman bertarikh
pada 30hb November 2003 ;
‘Mahkamah telah memutuskan bahawa tuntutan
pengesahan pemberian hidup gagal diperolehi oleh plaintif dan mahkamah membuang
tuntutan plaintif ’
2.
Perayu adalah
tidak berpuas hati terhadap hukuman dan Hukum Syarak apabila gagal memberikan
pertimbangan yang adil kepada aspek keadilan sepenuhnya kepada Tuntutan Perayu
berdasarkan fakta-fakta dan alasan-alasan berikut :
i)
Yang Arif
adalah silap menyatakan alasan penghakiman terutamanya tuntutan hibah ini
wujudnya pembatalan hibah sebagaimana beliau menyetujui keterangan responden
pertama sedangkan alasan ini tidak ada asas dan sokongan fakta yang jelas yang
boleh dijadikan penolak terhadap dakwaan perayu dalam kes ini dan alas an
penghakiman tersebut bahawa hibah wujud dengan pembayaran hutang yakni
pemberian hidup yang dibuat oleh simati iaitu Allahyarham Hj. Ishak bin Awang
Teh kepada hak milik Eshah Binti Ishak sahaja terhadap tanah dalam tuntutan ini
adalah tidak sah dengan adanya sebab hutang tersebut kerana terdapatnya unsur
balasan (I’wad) yakni si mati telah menghibahkan tanah di Lot 319 Jln Che
Hussin , Kot Bharu sebagai satu bayaran hutang kepada ceti haram yang telah
didakwa haknya oleh responden pertama dalam keteranganya.
Sedangkan
pengertian hibah dalam kitab Mughni al-Muhtaj karangan Muhammad al-Khatib
al-Sharbiny , hlm. 296 Jld 2
عقد يفيد التمليك بلاعوض في حال الحياة تطوعا
Oleh yang
demikian dakwaan pemberian tanah kepada responden pertama atas alkasan tersebut
adalah tidak boleh diterima dan tidak sah mengikut maxim tersebut.
Oleh itu kaedah
yang sepatutnya terpakai mengikut kaedah fiqh :
الأصل بقاء ما كان على كان
Oleh itu hak
perayu selaku orang di dalam tanah dan rumah perlu diutamakan
pembuktianya kepada rukun sebenar bagi sesuatu hibah iaitu mauhub lahu atau
qabad iaitu penerima harta hibah di mana syaratnya mestilah dikuasai oleh
Penerima hibah, maka dilihat kepada fakta dan alas an serta PERKARA YANG
MEMBUMI YANG DIPEGANG OLEH PERAYU bahawa tinggal dan dilahirkan atas tanah
tersebut sehingga kini. Dan Perayu dan ibu telah rintah (Qabadh) dan menguasai
½ bahagian tanah tersebut termasuk mengambil sewa rumah sehingga sekarang,
bercucuk tanam dan memperbaiki rumah sehingga sekarang. Hal ini diakui oleh
Saksi Pertama dan Kedua Perayu dalam keterangannya bahawa “ Ibrahim dilahirkan
dan tinggal di situ sehingga sekarang, dia ambil sewa rumah, cucuk tanam dan
baiki rumah itu.
ii)
Yang Arif Hakim
juga adalah gagal memberikan apa-apa perhatian dan penelitian terhadap kesemua
keterangan plaintif atau perayu mahupun keterangn saksi-saksi bahawa si mati
sebenar-sebenarnya membahagikan tanah berkenaan untuk diberikan kepada zainab
dan Eshah yang berlaku pada tahun 50-an. Dan syarat serta rukun bagi hibah
tersebut telah wujud dan terlaksana dengan adanya pemberi, orang yang menerima
, harta yang diberikan dan sighah hibah semasa hidup simati. Masing-masing
pihak adalah kekal tinggal atas tanah yakni qabad melalui tercerminya atas
perkara yang membumi atas tanah tersebut yakni hak rumah tinggal atas ½
bahagian hak masing – masing sehingga kini dan boleh disaksikan atas wajah
tempat sehingga kini atas pembahagian ini wujud.
iii)
Yang Arif Hakim
juga adalah gagal memberi penelitian kepada bukti lain berdasarkan kenyataan
Responden Pertama sendiri mengatakan bahawa beliau memberikan RM5,000.00 kepada
ibu Perayu iaitu separuh dari Wang Pampasan Kerajaan atas pengambilan balik
tanah untuk membuat longkang. Pemberian ini adalah satu Qarinah yang kuat dalam
membuktikan bahawa Perayu dan ibu adalah mempunyai ha katas tanah tersebut
sebagaimana diberikannya .
iv)
Yang Arif juga
melakukan kesilapan (khilaf) tanpa membuat apa – apa penelitian dan semakan
dalam fakta yang dikemukan dalam ekshibit Perayu yang dibekalkan ke dalam kes
Mahkamah khususnya berkenaan surat membaiki rumah kayu lama kepada batu yang
dibuat sendiri oleh Zainab binti Haji Ishak semasa hidupnya iaitu saudara seibu
sebapa dengan Eshah iaitu Responden sebenarnya adalah bersifat sementara dan
ianya berlaku dalam Tempoh Land Scheme Tanah – Tanah Kelantan tahun 1963 – 1965
sedangkan Zainab, ibu Perayu masih ada hak di tanah tersebut dan beliau
bersetuju untuk sementara.
v)
Yang Arif juga
gagal meneliti mengapaka Responden Pertama menukar tanah kepada Responden
Kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima sedangkan anak – anak beliau lebih ramai
daripada itu dan ini menunjukkan satu perbuatan yang tidak adil terhadap anak –
anaknya.
vi)
Berdasarkan
alasan – alas an dan hujah – hujah yang dikemukan seperti tersebut, Pihak
Perayu dengan rendah diri merayu kepada siding Mahkamah Rayuan Syariah yng
Mulia ini supaya;
1.
Mahkamah yang
bersidang ini membatalkan keputusan yang dibuat oleh Yang Arif Tuan Hakim
Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu pada 30 November 2003 dan mensabitkan
tuntutan Pemberian dengan kadar yang dipohon yakni ½ bahagian hak milik ibu
Perayu arwah Zainab binti Ishak.
2
Ataupun
mengeluarkan apa – apa perintah yang lain difikirkan wajar, patut dan
bersesuaian dengan undang – undang dan Hukum Syarak atas hak perayu yang sudah
tinggal sejak lahir dan sehingga kini
dan selamanya atas tanah dan rumah yang didiami itu rumah lama dan pertama di
kawasan itu sejak sebelum atau adanya wad jiwa atau psikiatri lorong Che Hussin
yang tersohor itu.
Hujah Peguam
Responden
Anak guam kami
dalam pembelaannya di peringkat
perbicaraan menyangkal dakwaan pihak Perayu dan mengatakan bahawa tiada
sebarang bukti yang kukuh bahawa Allahyarham Ishak Bin Awang The semasa
hidupnya telah membuat hibah atau alang hayat sebagaimana yang didakwa oleh
Perayu. Selanjutnya menyatakan bahawa tiada sebarang rukun hibah telah
disempurnakan oleh mana – mana pihak ke atas harta tersebut. Selanjutnya anak
guam kami menyatakan dalam pembelaannya bahawa:
“ Ayah saya kata tanah ini ambil kepada
mu. Saya tidak pernah dengar ayah hibah kepada Zainab dan Kerajaan bayar
pampasan cek atas nama saya ( Eshah ) sebanyak RM5,000.00 untuk pergi ke Mekah
“.
Berhubung
dengan kebenaran duduk di atas tanah itu ialah kerana timbangrasa kepada adik
beradik sahaja dan tidak memberi erti dia ada mempunyai hak ke atas tanah itu.
Walau macamana pun saya setuju keputusan Hakim Bicara wujud hibah dan Hakim
betul di atas keputusannya membatalkan hibah. Saya sokong keputusan Hakim
Bicara dan minta supaya mahkamah ini kekalkannya. Oleh yang demikian saya minta
dapat mempertahankan keputusan Hakim Bicara dan kaveat ke atas tanah tersebut,
minta mahkamah ini dibatalkannya.
Keputusan
Dengan
sebab-sebab dan alasan tersebut , Mahkamah Rayuan membuat keputusanya :
Mahkamh Rayuan
yang bersidang pada hari ini ,ahad 22 Januari 2006 setelah mendengar
hujah-hujah dari Peguam Syarie perayu dan Peguam Syarie responden , dan
mengkaji dengan teliti segala rekod dan lain-lain dokumen yang berkaitan ,
dengan sebulat suara membuat keputusan dan menjatuhkan hukuman bahawa pemberian
hidup ( hibah ) yang dilakukan oleh Allahyarham Hj Ishak Bin Awang Teh kepada
Allahyarhamah Zainab Bin Hj Ishak setengah ( ½ ) bahagian tanah Lot No.319
Seksyen 26 Bandar Kota Bharu semasa kedua-duanya masih hidup adalah menepati
rukun-rukun dan syarat-syarat hibah serta sah mengikut Hukum Syarak dengan
adanya sokongan daripada saksi dan qarinah yang jelas dan tidak ada dakwaan
dari mana-mana pihak bahawa telah berlaku penarikan balik pemberian tersebut
dan dakwaan responden ( 1) Eshah Bt Hj Ishak bahawa penukaran nama tanah
tersebut kerana Allahyarham berhutang dengan ceti haram di mana hutang tersebut
dibayar oleh suaminya dan sebagai balasannya ditukar nama tersebut kepadanya,
itu tidak ada sokongan daripada saksi-saksi atau apa-apa dokumen yang boleh
diterima oleh mahkamah mengikut Hukum Syarak.
Oleh itu,
mahkamah batalkan keputusan Hakim Bicara berhubung dengan penarikan balik hibah
yang telah dibuat pada 30.11.2003 dan mahkamah hukum sabit tuntutan mengesah
hibah Allahyarham Hj Ishak Bin Awang Teh kepada Allahyarhamah Zainab Bt Hj
Ishak setengah ( ½ ) bahagian tanah Lot No.139 Seksyen 26 Bandar Kota Bharu
bagaimana yang dituntut oleh perayu. Dan seterusnya mahkamah hukum ke atas
responden menyerah balik setengah ( ½ ) bahagian tanah Lot No 139 kepada
perayu.

RUJUKAN
- Pustaka Zahra Kota Bharu
-Pustaka Awam Kota Bharu
- Jurnal Hukum ( JHXXI/II 1427 & JHXVIII/II )
- Terjemahan Al-Quran
-Artikal Syikin yahya (31 Mac 2008), Syariah dan fiqh dalam
islam. Kuala Lumpur:
-Telaga Biru Sdn. Bhd.
-Hj Zamihan Hj Mat Zin Al-Ghari (2008), Kaedah fiqh dan
konsep asas kaedah fiqh.
-http://suriaterang.blogspot.my/2008/02/kaedah-fiqh-keyakinan-tidak-dihilangkan.html.
-Abu Umair bin Haji amir (2009), Segala Perkara Bergantung
Kepada Tujuannya.
-https://abuumair.com/2009/03/08/siri-kaedah-feqah-segala-perkara-bergantung-kepada-tujuannya/
Comments
Post a Comment