AL-BAYYINAH ALA MUDDA'IE
WAL YAMIN ALA MAN ANKAR ALAIH
[AHMAD FARIS AINAN BIN MOHD RADZI]
PENDAHULUAN
Didalam Islam,
yang menjadi teras kepada pelaksanaan hukumnya adalah ia mesti adil kepada
semua pihak. Sebagaimana firman Allah SWT yang mafhumnya bermaksud:
“Apabila
kamu menetapkan hokum diantara manusia supaya kamu menetapkannya dengan adil”
Adil dalam
konteks ini bererti memberi peluang kepada pihak-pihak untuk mengemukakan
pendakwaan dan mengemukakan pembelaan diri. Atas asas ini, maka seseorang itu
adalah tidak bersalah selagi mana tidak dibukutikan bersalah. Ini adalah selari
dengan kaedah:
الأصل براة ذمة (tiada
apa-apa tanggungan pada asalnya)”.
Maka jika
dikaitkan antara kaedah ini dengan isu pendakwaan atau pembelaan maka ia
bermaksud seorang itu tidak menanggung apa-apa beban kesalahan sehinggalah di
buktikan yang sedemikian.
Pelaksanaan
proses kehakiman yang adil dan saksama adalah sangat dituntut di dalam agama
Islam. Hal ini dibuktikan didalam banyak ayat-ayat Al-quran dan Hadis yang
menyeru kita supaya menegakkan keadilan. Keadilan disini bukan lah bermaksud
penghakiman yang sama rata semata bahkan ia membwa maksud kesaksamaan.
Kesaksamaan bererti mengenakan hukuman yang tepat dan sesuai dengan nilaian
terhadap jenis kesalahan, kondisi pesalah serta perkara-perkara lain.
Didalam
mana-mana mahkamah, samada Mahkamah syariah ataupun Mahkamah Sivil. Perkara ini
sangat di titik beratkan tanpa mengira betapa berat sekalipun sesuatu kes itu.
Atas asas ini, ruang pembelaan diberikan sepenuhnya kepada pihak yang dituduh
untuk mempertahankan diri, manakala pihak pendakwaan pula menjalankan tanggungjawabnya
dengan mengemukakan bukti-bukti yang kukuh bagi menyokong pendakwaan. Inilah
nilai-nilai yang telah wujud didalam sistem perundangan yang membolehkan
manusia menikmati keadilan dari segi perundangan dan penghakiman.
Didalam
menegakkan keadilan dan kesaksamaan, ia memerlukan beberapa perkara, antaranya
ialah kaedah keterangan yang tepat dan benar.
KAEDAH FIQH: البينة على المدعي واليمين على من انكر
Kebenaran
bukanlah sesuatu yang wujud dengan sangkaan atau dakwaan sahaja. Sebaliknya ia
perlu disokong oleh bukti-bukti yang kukuh dan kuat. Didalam bahasa arab,
pembuktian ini dikenali dengan istilah’ ithbat’.
Dalam mengemukakan bukti dan penghujahan, keterangan memainkan peranan yang
sangat penting. Kelancaran sesuatu sesi perbicaraan adalah sangat bergantung
kepada bukti dan keterangan yang diperolehi Hakim. Dengan adanya keterangan
yang baik maka Hakim akan mampu menilai dan membezakan yang benara dan salah.
Setiap hukuman yang diputuskan mestilah berdasarkan kepada keterangan dan bukti
tersebut.
Didalam sebuah
Hadis yang telah diriwayatkan oleh Ummu Salamah, Rasulullah SAW telah bersabda:
“kamu telah bertikai dihadapanku, mungkin ada
diantara kamu yang lebih petah berhujah (keterangan) berbanding yang lain
(pihak satu lagi), lalu aku menghukum berdasarkan apa yang aku dengar darinya.
Sesiapa yang telah aku hukumkan (berikan) untuknya sesuatu dari hak saudaranya
(disebabkan kepetahannya berhujah) janganlah ia mengambilnya kerana dengan itu
aku telah memotong untuknya sekeping api neraka.”
Dan di dalam
sebuah Hadis yang lain Nabi SAW bersabda:
"لو يعطى الناس بدعواهم، لادعى رجالُ أموالَ
قومٍ ودماءهم، لكن البينة على المدعي واليمين على من أنكر"
“Andainya semua orang boleh diberikan
hukuman semata-mata kerana ada dakwaan, pastilah semua orang akan membuat
dakwaan terhadap harta dan darah orang lain tetapi sebaliknya setiap dakwaan
mestilah datang dengan keterangan dan yang ingkar mestilah bersumpah”
Berdasarkan
dalil-dalil tadi, dapatlah kita fahami tentang kepentingan keterangan dalam melaksanakan
sesuatu hukuman. Tanpa keterangan yang tepat dan benar sudah pasti keadilan
tidak dapat ditegakkan.
DEFINISI AL-
BAYYINAH:
Didalam islam
keterangan ini dijelmakan dalam istilah Al-bayyinah.
Al-bayyinah bererti nyata, terang dan
jelas. Oleh itu dari segi bahasa ia boleh disimpulkan sebagai sesuatu yang
dapat menjelaskan atau menerangkan terhadap sesuatu perkara, hak atau
kepentingan.
Akan tetapi dari
segi istilah nya terdapat perbezaan dikalangan ulama didalam menjelaskan maksud
sebenar perkataan itu.
Jumhur
ulama berpendapat bahawa Al-bayyinah membawa maksud Syahadah
iaitu kesaksian. Hujah para ulama jumhur adalah sekalipun perkataan Al-bayyinah membawa maksud keterangan
tetapi ia kerapkali digunakan didalam nas-nas syarak sebagai kesaksian.
Pengertian ini dapat dilihat didalam banyak ayat-ayat Al-quran dan Hadis nabi.
Antanya Rasulullah SAW telah menggunakan perkataan Al-bayyinah didalam beberapa hadis yang dimaksudknan sebagai
kesaksian ataupun Syahadah. Antaranya
adalah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari, Abu dawud dan tirmizi dari
Ibn Abbas R.A menceritakn bahawa Hilal bin Umayyah telah menuduh isterinya
berzina dengan Syuraik bin Sahma’ dihadapan RAsulullah SAW lalu baginda
bersabda:
"أن
هلال بن أمية قذف امرأته عند النبي صلى الله عليه وسلم بشريك ابن سحماء فقال النبي
صلى الله عليه وسلم البينة أو حد في ظهرك"
“Berilah
keterangan (saksi), jika tidak maka hukuman hudud (qazaf) akan dikenakan keatas
belakangmu”
Selain itu
jumhur juga juga melihat melalui ayat-ayat Al-Quran yang mana kesaksian adalah
asas dalam mensabitkan banyak perkara sebagai contoh dalam bab jual beli.
Firman Allah SWT menyebut:
“Dan
persaksikanlah apabila kamu berjual beli”
Dalam bab talaq
dan rujuk pula Allah SWT berfirman:
“Apabila mereka telah mendekati akhir
iddahnya, maka rujuklah mereka dengan baik atau lepaskan mereka dengan baik dan
persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil diantara kamu dan hendaklah
kamu tegakkan kesaksian”.
Oleh itu
dapatlah disimpulkan bahawa jumhur ulama’ berpandangan Al-bayyinah dan Syahadah
membawa maksud yang sama iaitu kesaksian. Akan tetapi harus difahami bahawa
mereka tidak memaksudkan bahawa pembuktian hanya terhad kepada Syahadah ataupun kesaksian sahaja,
bahkan mereka menerima kaedah-kaedah lain seperti iqrar (pengakuan) dan lain-lain lagi.
Berbeza halnya
pula dengan ulama tersohor Ibn Qayyim al jauzi yang melihat bahawa Al-bayyinah itu bentuknya lebih umum
yang mana padanya Al-bayyinah itu
sendiri adalah hujah atau keterangan yang nyata. Sandarannya adalah sabda Nabi
SAW:
“keterangan
adalah keatas yang mendakwa”
Ibn Qayyim
menagatakan bahawa Al-bayyinah tidak
terhad kepada dua orang saksi akan tetapi tidak dinafikan bahawa saksi adalah
sebahagian dari hujah. Dengan kata lain Al-bayyinah
bermaksud apa-apa keterangan atau hujah yang dapat membuktikan bahawa sesuatu
dakwaan itu betul.
Maka fahamlah
disini bahawa beza definisi Al-bayyinah
disisi Ibn Qayyim dan jumhur adalah dari segi umum dan khas sahaja. Yang mana jumhur ulama mengkhususkan Al-bayyinah kepada syahadah (kesaksian) manakala Ibn Qayyim lebih umum iaitu meliputi
semua bentuk keterangan atau kaedah asalkan ia boleh menjelaskan kebenaran.
Antara dalil
yang dikemukakan oleh Ibn Qayyim untuk menjustifikasi hujahnya adalah firman
Allah SWT:
وَمَا تَفَرَّقَ الَّذِينَ
أُوتُوا الْكِتَابَ إِلَّا مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَتْهُمُ الْبَيِّنَةُ
“Dan
tidaklah ahli-ahli kitab itu berselisihan melainkan setelah datang kepada
mereka keterangan (bukti yang nyata).”
Ayat ini jelas
tidak membawa maksud Al-bayyinah
sebagai saksi, ia membawa maksud keterangan secara umum yang mana merangkumi
hujah dan bukti. Ia menerima apa-apa bentuk keterangan yang mampu menjelaskan
atau membuktikan sesuatu dakwaan.
Pendapat Ibn
Qayyim ini jika diteliti sangat merentas zaman yang mana ia menjadikan disiplin
keterangan islam adalah relevan sepanjang zaman.
SKOP KAEDAH البينة على المدعي واليمين على من انكر
Adapun dalam
membincangkan perihal Al-bayyinah
dalam skop yang lebih khusus, maka kita perlu membincangkannya dengan berfokus
kepada kaedah lengkap berkenaan dengan Al-bayyinah
ini iaitu kaedah:
البينة على المدعي واليمين على من انكر
Skop
perbincangan kaedah lengkap ini adalah lebih memfokuskan isu-isu yang berkaitan
dengan keatas siapakah beban pembuktian itu terletak. Keatas yang mendakwa kah
atau keatas yang didakwa.
Elemen ini
tersangat penting didalam setiap proses perbicaraan. Oleh itu undang-undang
yang sedia ada telah menggariskan kedudukan ini supaya ia dapat memberi
keadilan kepada pihak-pihak.
Didalam
kehakiman islam, persoalan tentang beban pembuktian ini sememangnya wujud.
Seseorang yang membuat dakwaan bahawa dia mempunyai hak keatas harta atau diri
seseorang perlulah mengemukakan bukti terhadap dakwaannya.
Ianya adalah
jelas sebagaimana yang telah dinyatakan didalam Hadis Rasulullah SAW:
“Andainya
semua orang boleh diberikan hukuman semata-mata kerana ada dakwaan, pastilah
semua orang akan membuat dakwaan terhadap harta dan darah orang lain tetapi
sebaliknya setiap dakwaan mestilah datang dengan keterangan dan yang ingkar
mestilah bersumpah”
Pada dasar konsepnya,
beban pembuktian adalah terletak diatas bahu yang mendakwa, ianya jelas
dinyatakan didalam kaedah yang kita bincangkan ini iaitu:
“setiap
dakwaan mestilah datang dengan keterangan dan yang ingkar mestilah bersumpah’
Kaedah ini
adalah tunjang kepada undang-undang keterangan islam dan dalam masa yang sama
turut kita dapati didalam Akta Keterangan di Mahkamah sivil di Malaysia.
AKTA-AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SIVIL YANG MENERIMA
PAKAI KAEDAH INI:
Seksyen 101 (1) Akta Keterangan 1950:
Barang siapa yang berkehendakkan mahkamah memberi hukuman tentang apa-apa juga
hak atau tanggungan disisi undang-undang dengan bergantung dengan adanya
nyataan yang ditegaskan olehnya, mestilah membuktikan bahawa nyataan-nyataan
itu ada.
Seksyen 101 (2) Akta Keterangan 1950:
Apabila seseorang terpaksa membuktikan adanya sesuatu nyataan, maka adalah
dikatakan bahawa beban membuktikan adalah terletak keatas orang itu.
Seksyen 102 Akta Keterangan 1950:
Beban membukti didalam suatu guaman atau pembicaraan adalah terletak atas orang
yang tidak akan berjaya sekiranya tiada apa-apa keterangan yang diberi oleh
mana-mana pihak.
Walaupun kaedah
fiqh tadi menyebut sedemikian namun mengikut keadaan tertentu beban pembuktian
boleh bertukar kepada pihak tertuduh. Hal ini diperakui didalam perundangan sivil dan juga islam:
Seksyen 103 Akta Keterangan 1950: Beban
membukti tentang nyataan tertentu adala terletak diatas orang yang
berkehendakkan mahkamah mempercayai adanya nyataan itu.
Seksyen 106
Akta Keterangan 1950: Apabila
sesuatu nyataan adalah khasnya diketahui oleh seseorang maka beban bagi
membuktikan nyataan itu adalah terletak diatasnya.
Manakala didalam
islam pula, soal perpindahan beban ini dapat kita lihat melalui kaedah-kaedah
fiqh lain antaranya menyebut:
البينة
لاءثبات خلاف الظاهر واليمين لابقاء الأصل
“Keterangan
diwajibkan untuk mensabitkan sesuatu yang bertentangan dengan yang zahir
(Al-aslu) dan sumpah pula untuk mengekalkan yang asal.”
Dan juga kaedah:
الأصل
العدم
“Asal sesuatu adalah tidak ada”
Sebagai contoh
dalam kes nafkah antara seorang suami isteri. Jika isteri tersebut pernah
menerima nafkah dalam tempoh perkahwinan itu, maka zahir (Al-aslu) nya adalah nafkah itu diperolehinya. Maka beban
untuk membuktikan bahawa suaminya tidak memberikan nafkah adalah terletak
diatas bahunya kerana dia adalah khilaf
zahir (Al-aslu). Berbeza halnya
bagi isteri yang langsung tidak pernah mendapat nafkah dari suaminya sepanjang
dalm tempoh perkahwinan. Dalam hal ini suami adalah orang yang khilaf zahir (Al-aslu) dan beban
pembuktian keatasnya kerana pada asalnya tidak ada apa-apa nafkah yang pernah
diberikannya.
Menurut syekh
Mustafa zarqa’, Az-zahir adalah Al-Aslu iaitu “konsep asal suatu
perkara”. Harus difahami, didalam undang-undang islam Al-mudda’i adalah seseorang
yang dakwaan dan keterangannya adalah menyalahi konsep zahir. Manakala Al-mudda’a alaih adalah orang dakwaan
dan keterangannya adalah menepati konsep zahir.
Oleh itu
dapatlah kita fahami bahawa kaedah-kaedah yang telah wujud didalam islam sejak
sekian lama telah diguna pakai juga oleh Mahkamah sivil di seluruh dunia.
Persamaan yang kita dapati antara kedua-duanya mengambil berat dalam soal beban
pembuktian ini dan kedua-duanya meletakkan beban pembuktian keatas yang
mendakwa tetapi dalam masa yang sama diberikan pengecualian dalam
keadaan-keadaan tertentu.
KES-KES YANG BERKAITAN:
1. MOHD IBRAHIM BIN MOHD SHARIFF LWN
PENDAKWA SYARIE PULAU PINANG JH (1999):
·
Melakukan
kesalahan khalwat dibawah seksyen 27 enakmen kesalahan jenayah syariah pulau
pinang.
·
Membuat
pengakuan (iqrar) diatas kesalahan yang telah dilakukan.
·
Dalam
kes ini semua rukun iqrar telah dipenuhi, orang yang berikrar adalah perayu
sendiri.
·
Menarik
balik pengakuan yang telah dibuat.
·
Penarikan
balik tidak diterima kerana kesalahan khalwat aalah kesalahan ta’zir.
2. NOORAINI LWN PENDAKWA SYARIE MELAKA JH
(2003)
3. RAJAMAH LWN ABD WAHAB JH (1990)
4. DAING KELTHOM & 7 YANG LAIN LWN MOHD
ARUWA JH (1424H) 2003 MS 127
5. JARIAH BTE YAHYA LWN NOR HASIAH JH
(2010)
6. HAWA BT EMBONG LWN AHMAD BIN MUDA JH
(1425H) 2004 VOL. 17 PART 2. MS 199
RUJUKAN:
1. Mausu’ah fiqhil islamis
2. Hadis 40 -Mustafa Abdul Rahman
3. Kamus al-marbawi –Muhammad idris Abdul
Rauf al-Marbawi
4. Majmu’ syarah Al-muhazzab li-Assyirazi
–Muhammad Najib Muti’ie
5. Fathul bari –Ibnu Hajar Al-Askalani
6. Surah Al-Baqarah –ayat 282
7. Surah At-Talaq –Ayat 2
8. Turuq al-Hukmiyah – Ibn Qayyim Al-
Jauziyah.
9. Surah Al-Bayyinah –Ayat 2
10.
Syarah
Qawaid Fiqhiyyah –Mustafa Ahmad Zarqa’
11.
Al-Ashbah
Wannazhoir fi Qawaid wa Furu’ Fiqhi As syafii –Jalaludin Assuyuthi
12.
Prinsip-prinsip
undang-undang keterangan Islam – Abdul Rahman Mustafa
13.
Al-Qadha’
fi Fiqhil Islami –Dr. Muhd Raf’at Othman
Wynn casino - KSHB
ReplyDeleteWynn Casino. Hotel & Tower (wynnlasvegas) - The 파주 출장마사지 resort. Location: 7400 S Las Vegas Blvd. (corner of 여주 출장안마 the 과천 출장안마 main hotel) and to the hotel's 군포 출장샵 sister resort, 김천 출장안마 Encore.