Skip to main content

KAEDAH ASASIYYAH TENTATIF ADAT KEBIASAAN


Kaedah Asasiyyah Tentang Adat Kebiasaan

[AIN TASNIM BINTI RAHIMI]


Pendahuluan

Kaedah Asasiyah tentang al-’adah al-Muhakkamah. Qawaid fiqhiyah  (kaedah-kaedah fiqh) adalah suatu hukum kulli (menyeluruh) yang mencakupi semua bahagian-bahagiannya. Qawa’id fiqhiyah mempunyai beberapa kaedah, salah satu kaedah fiqh yaitu al-‘adah al-muhakkamah (adat itu menjadi dasar dalam menetapkan suatu hukum) yang diambil dari kebiasaan-kebiasaan yang wujud dan berkembang di dalam masyarakat sehingga dapat dijadikan dasar dalam menetapkan suatu hukum sesuai dengan nilai-nilai yang berkembang di dalam masyarakat. Dengan menguasai kaedah-kaedah fiqh kita akan mengetahui kelebihan menguasai fiqh, karena kaedah fiqh menjadi titik temu dari masalah-masalah fiqh, dan lebih arif di dalam menerapkan fiqh dalam waktu dan tempat yang berbeza untuk sesuatu perkara, adat kebiasaan, keadaan yang berlainan.Selain itu juga akan lebih selari di dalam menyikap masalah-masalah sosial, ekonomi, politik, budaya dan lebih mudah mencari solusi terhadap masalah-masalah yang terus muncul dan berkembang dalam masyarakat. Oleh karena itu, salah satu fiqh yang akan dibahaskan pada kali ini ialah salah satu kaidah fiqh kelima yaitu al-‘adah al-muhakkamah








Kaedah Asasiyyah Tentang Adat Kebiasaan


اَلْعَادَةُ مُحَكَّمَةٌ
“Adat kebiasaan dapat dijadikan hukum”
Kaedah fiqh asasi kelima adalah tentang adat atau kebiasaan, dalam bahasa Arab terdapat dua istilah yang berkenaan dengan kebiasaan yaitu al-‘adat dan al-‘urf.[1]Adat adalah suatu perbuatan atau perkataan yang terus menerus dilakukan oleh manusia lantaran dapat diterima akal dan manusia mahu mengulanginya. Sedangkan ‘Urf ialah sesuatu perbuatan atau perkataan dimana jiwa merasakan suatu ketenangan dalam mengerjakannya kerana sudah tidak asing dan logik serta dapat diterima oleh fitrah atau kebiasaan kemanusiaan.[2]
Menurut A. Djazuli mendefinisikan, bahwa al-‘adah atau al-‘urf adalah “Apa yang dianggap baik dan benar oleh manusia secara umum (al-‘adah al-‘aammah) yang dilakukan secara berulang-ulang sehingga menjadi kebiasaan”.[3] ‘Urf ada dua macam, yaitu ‘urf yang shahih dan ‘urf yang fasid. ‘Urf yang shahih ialah apa-apa yang telah menjadi adap kebiasaan manusia dan tidak menyalahi dalil syara’, tidak menghalalkan yang haram dam tidak membatalkan yang wajib. Sedangkan ‘urf yang fasid ialah apa-apa yang telah menjadi adat kebiasaan manusia, tetapi menyalahi syara’, menghalalkan yang haram atau membatalkan yang wajib.
Suatu adat atau ‘urf dapat diterima jika memenuhi syarat-syarat berikut:
Dalil bagi Kaedah
خذ العفووامر بالعرف واعرض عن الجهلين
Dan suruhlah orang-orang mengerjakan yang makruf serta berpalinglah dari orang-orang bodoh (QS. Al-A’raf: 199).
وعاشروهن بالمعروف Dan pergaulilah mereka secara patut (QS. An-Nisa: 19)
       
مَا رَءَاهُ اْلمُسْلِمُوْنَ حَسَنًا فَهُوَ عِنْدَ اللهِ حَسَنٌ وَمَا رَءَاهُ المُسْلِمُوْنَ سَيْئًا فَهُوَ عِنْدَااللهِ سَيْءٌ
"Apa yang dipandang baik oleh orang-orang Islam maka baik pula di sisi Allah, dan apa saja yang dipandang buruk oleh orang Islam maka menurut Allah pun digolongkan sebagai perkara yang buruk" (HR. Ahmad, Bazar, Thabrani dalam Kitab Al-Kabiir dari Ibnu Mas'ud).[4]





Cabang-cabang kecil bagi Kaedah
Di antara kaedah-kaedah cabang dari kaedah al-‘adah muhakkamah adalah sebagai berikut:
اِسْتِعْمَالُ النَّاسِ حُجَّةٌ يَجِبُ العَمَلُ بِهَا (1
“Apa yang biasa diperbuat orang banyak adalah hujjah (alasan/argument/dalil) yang wajib diamalkan”
Maksud kaedah ini adalah apa yang sudah menjadi adat kebiasaan di masyarakat, menjadi pegangan, dalam erti setiap anggota masyarakat mengamalkannya.[5]
Contoh: Apabila tidak ada perjanjian antara pemandu trak dan kuli mengenai menaikkan dan menurunkan batu bata, maka pemandu diharuskan membayar kos dengan kadar kebiasaan yang berlaku.
اِنَّمَا تُعْتَبَرُ العَادَةُ اِذَا اضْطَرَدَتْ اَو غَلَبَتْ (2
“Adat yang dianggap (sebagai pertimbangan hukum) itu hanyalah adat yang terus-menerus berlaku atau berlaku umum”
Dalam masyarakat suatu perbuatan atau perkataan yang dapat diterima sebagai adat kebiasaan, apabila perbuatan atau perkataan tersebut sering berlaku, atau dengan kata lain sering berlaku itu sebagai suatu syarat (salah satu syarat) bagi suatu adat untuk dapat dijadikan sebagai dasar hukum.[6]
 Contoh: Apabila seorang yang melangganan majalah atau surat kabar,  selalu dihantar ke rumahnya, ketika majalah atau surat kabar tersebut tidak di hantar ke rumahnya, maka orang tersebut dapat menuntut kepada pihak pengusaha majalah tersebut.
العِبْرَةُ للِغَالِبِ الشَّا ئِعِ لاَ لِلنَّادِرِ (3
“Adat yang diakui adalah yang umumnya terjadi yang dikenal oleh manusia bukan dengan yang jarang terjadi”
Ibnu Rusydi menggunakan ungkapan lain, iaitu:
الحُكْمُ بِا لمُعْتَا دِلاَ بِا النَّادِرِ 
“Hukum itu dengan yang biasa terjadi bukan dengan yang jarang terjadi”
Contoh 1): Menetapkan hukum mahar dalam perkawinan namun tidak ada kejelasan berapa banyak ketentuan mahar, maka ketentuan mahar berdasarkan pada kebiasaan.
contoh 2): Para ulama’ berbeza pendapat tentang waktu hamil terpanjang, dan jika menggunakan kaedah diatas, maka waktu hamil terpanjang tidak akan melebihi satu tahun dan pula menentukan tempoh monopos ketika wanita berusia 55 tahun.
المَعْرُوْفُ عُرْفَا كَالْمَشْرُوْطِ شَرْطًا (4
“Sesuatu yang telah dikenal ‘urf seperti yang disyaratkan dengan suatu syarat”

Maksudnya adat kebiasaan dalam bermuamalah mempunyai daya ikat seperti suatu syarat yang dibuat.[7]
Contoh :Apabila orang berhotong-royong membantu rumah anak-anak yatim, maka berdasarkan adat kebiasaan, orang-orang yang membantu itu tidak dibayar kerana seperti melakukan kerja-kerja sukarelawan.
الْمَعْرُوْفُ بَيْنَ تُجَّارِ كَالْمَشْرُوْطِ بَيْنَهُمْ (5
“Sesuatu yang telah dikenal di antara pedagang berlaku sebagai syarat di antara mereka”
Sesuatu yang menjadi adat di antara pedagang, seperti disyaratkan dalam transaksi.
Contoh: Transaksi jual beli batu bata, bagi penjual untuk menyediakan pengangkutan sampai ke rumah pembeli. Biasanya harga batu bata yang dibeli sudah termasuk kos pengangkutan ke lokasi pembeli.
التَّعْيِيْنُ باِلْعُرْفِ كَالتَّعْيِيْنِ بِالنَّص (6
“Ketentuan berdasarkan ‘urf seperti ketentuan berdasarkan nash”
Penetapan suatu hukum tertentu yang didasarkan pada ‘urf dan telah memenuhi syarat-syarat sebagai dasar hukum, maka kedudukannya sama dengan penetapan suatu hukum yang didasarkan pada nash.[8]
Contoh: Apabila seseorang menyewa rumah atau pondok tanpa menjelaskan siapa yang akan tinggal di rumah tersebut, maka si penyewa boleh memanfaatkan rumah tersebut tanpa mengubah mengubah bentuk atau bilik-bilik rumah kecuali dengan izin orang yang menyewa.
المُمْتَنَعُ عَادَةً كَالْمُمْتَنَعِ حَقِيْقَةً (7
 “Sesuatu yang tidak berlaku berdasarkan adat kebiasaan seperti yang tidak berlaku dalam kenyataan”
Maksud kaedah ini adalah apabila tidak mungkin terjadi berdasarkan adat kebiasaan secara rasional, maka tidak mungkin terjadi dalam kenyataannya.
Contoh: Seseorang mengaku bahwa tanah yang ada pada orang itu miliknya, tetapi dia tidak bisa menjelaskan dari mana asal-usul tanah tersebut.
الحَقِيْقَةُ تُتْرَكُ بِدَلاَلَةِ العَادَةِ (8
“Erti hakiki (yang sebenarnya) ditinggalkan kerana ada petunjuk erti menurut adat”
Contoh: Yang dimaksudkan jual beli adalah penyerahan wang dan penerimaan barang oleh pembeli serta sekaligus penyerahan barang dan penerimaan wang oleh si penjual. Akan tetapi apabila pembeli sudah menyerahkan wang tanda jadi, maka berdasarkan adat kebiasaan, akad jual beli itu telah terjadi. Maka pejual tidak boleh mebatalkan jual belinya meskipun harga naik.



الاِذْنُ العُرْفِ كَالاِذْنِ اللَفْظِى (9
“Pemberian izin menurut adat kebiasaan adalah sama dengan pemberian izin menurut ucapan”
Contoh: Apabila tuan rumah menghidangkan makanan untuk tamu tetapi tuan rumah tidak mempersilahkan, maka tamu boleh memakannya, sebab menurut kebiasaan bahwa dengan menghidangkan bererti mempersilahkannya.



Kesimpulan

Dari pembahasan Kaedah ini, dapat disimpulkan Kaedah fiqh asasi kelima adalah tentang adat atau kebiasaan, dalam bahasa Arab terdapat dua istilah yang berkenaan dengan kebiasaan yaitu al-‘adat dan al-‘urf. al-‘adah atau al-‘urf adalah Apa yang dianggap baik dan benar oleh manusia secara umum yang dilakukan secara berulang-ulang sehingga menjadi kebiasaan.





AIMI NAZURA BINTI NAWI
lwn
MOHAMAD SOBRI BIN AHMAD

[Mahkamah Rayuan Syariah Kota Bharu, Kelantan, (Dato’ Haji Daud bin Muhammad)]
[Kes Rayuan Mal Bil : 03000-017-0010-2007]
FAKTA KES
Di dalam kes ini, Perayu membuat rayuan terhadap keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah berkaitan dengan tuntutan Harta Sepencarian pada 22 Mac 2006. Hakim  Mahkamah Tinggi Syariah memutuskan bahawa 10% daripada nilai rumah dapat kepada Perayu 20% daripada nilai kereta Proton Waja JGH 508 dapat kepada Perayu. Manakala Perayu tidak mendapat apa-apa daripada nilai saham kerana pada kes ini difailkan saham-saham yang bernilai RM15,000.00 telah dijual.
Perayu dan Responden telah berkahwin pada 18 Ogos 1994 di Jajahan Bachok, Kelantan dan bercerai talaq satu kali pertama pada 17 Jun 2003. Selama 9 tahun tempoh berkahwinan, pasangan ini telah dikurniakan 2 orang cahaya mata. Semasa dalam tempoh perkahwinan, kedua-dua pihak telah sama-sama bekerja di mana perayu bekerja sebagai guru, manakala Responden bekerja sebagai Pegawai Bank di Johor. Sepanjang perkahwinan, kedua-dua pihak telah dapat membeli harta-harta yang berikut hasil daripada sikap berjimat-cermat Perayu dan Responden. Harta-harta tersebut adalah merupakan Harta Sepencarian iaitu harta yang diperolehi dalam tempoh perkahwinan.
i) HARTA TAK ALIH
a) Sebuah rumah teres biasa 2 tingkat di atas tanah No PTD 28767, Mukim Kluang, Johor beserta tapak tanah runah tersebut yang bernilai RM150,000.00 di bawah hakmilik Mohamad Sobri Bin Ahmad (Responden).
ii) HARTA ALIH
a)Sebuah kereta Proton Waja yang bernombor pendaftaran JGH 508 yang bernilai
RM15,000.00 juga dimiliki oleh Mohamad Sobri Bin Ahmad (Responden).
b)Saham Public Bank bernilai RM15,000.00 juga dimiliki oleh Mohamad Sobri Bin Ahmad(Responden).
Kesemua harta tersebut dibeli semasa dalam tempoh perkahwinan dan selepas berlaku penceraian Responden tidak membahagikan harta-harta tersebut kepada Perayu. Ini menyebabkan Perayu ternafi haknya sedangkan Perayu turut memberi sumbangan kepada perolehan harta-harta yang dinyatakan.
           Responden pada asalnya ingin membayar kepada Perayu sebanyak RM13,000.00, walaubagaimanapun, tidak dipersetujui oleh Perayu. Oleh itu, Perayu mengemukakan tuntutan di Mahkamah Tinggi Syariah. Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Syariah telah memutuskan bahawa rumah teres biasa 2 tingkat beserta tapak rumah di Mukim Kluang, Johor dapat kepada Perayuse banyak 10% daripada nilai rumah tersebut. Manakala kereta Waja dapat kepada Perayu sebanyak 20%daripada nilai kereta tersebut.Perayu juga menuntut saham Public Bank yang bernilai RM15,000.00 , tetapi ditolak.
          Perayu tidak berpuas hati dengan kadar yang diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah,kerana sebagai seorang isteri kepada Responden selama 9 tahun, beliau banyak memberi sumbangan.Perayu tidak berpuas hati dan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan Syariah terhadap keputusan tersebut.
Isu dalam kes ini ialah :
i) Sama ada harta sebuah rumah, sebuah kereta dan saham-saham adalah sabit Harta Sepencaraian atau tidak :
ii) Jika sabit, berapakah bahagian yang dapat kepada perayu.
Mengikut seksyen 2 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Kelantan) 2002 telah menjelaskan berkenaan harta sepencarian.
Harta sepencarian adalah harta yang diperolehi bersama oleh kedua-dua suami isteri semasa dalam tempoh perkahwinan. Konsep Harta Sepencarian adalah, harta tersebut diperolehi dalam tempoh perkahwinan dan melalui usaha bersama  kedua-dua suami isteri.
Walaupun tidak ada perkataan Harta Sepencarian dalam Hukum Syarak secara nyata, namun ia adalah adat melayu yang telah diterima pakai dan mendatangkan kebaikan kepada kaum wanita. Di dalam Islam, apabila ‘adat’ atau ‘uruf’ diakui kebaikannya dan telah diberi pengiktirafan undang-undang, kedudukannya adalah menjadi suatu peraturan atau perundangan yang mesti diikuti dan dikuatkuasakan.
Kesemua harta tersebut dibeli semasa dalam tempoh perkahwinan dan selepas berlaku perceraian Responden tidak membahagikan harta-harta tersebut kepada Perayu. Ini menyebabkan Perayu ternafi haknya sedangkan Perayu turut memberi sumbangan kepada perolehan harta-harta yang dinyatakan.
Di dalam kaedah fiqh atau Qawaid al-Fiqhiyyah menyatakan :
العادة محكمة  
Bermaksud : Adat itu diperakui dan diberi pengiktirafan undang-undang.
المعروف عرفا كاامشروط شرطا
Bermaksud : Sesuatu yang diterima mengikut adat samalah kedudukannya seperti sesuatu yang dibuat mengikut syarak.
Jumhur al-fuqaha’ telah mengtakrifkan sebagai “ sesuatu yang telah menjadi kebiasaan oleh manusia untuk mematuhinya dalam urusan kehidupan harian sehingga sebati dengan mereka dan menjadi satu perkara yang lumrah sama ada uruf itu qauli atau amali, am atau khas, sahih atau fasid[9].


Imam Syafie ada mengatakan
Bermaksud:
“Apabila berlaku perselisihan antara suami dan isteri berhubung dengan perkakas rumah, yang keduanya menetap di rumah itu, sama ada kedua-duanya sudah bercerai atau tidak bercerai, dan rumah itu dimiliki oleh kedua-duanya atau salah seorang daripada kedua-duanya, atau kedua-duanya meninggal dunia atau meninggal salah seorang daripada keduanya. Lalu berselisih ahli waris daripada kedua-duanya, maka siapa yang dapat membuktikannya maka dia akan memperolehinya dan jika tidak adanya bukti maka disepakati secara ijma’ boleh diqiyas bahawa perkakas itu berada di tangan kedua-duanya dan dibahagi dua....”[10]


KEPUTUSAN

Mahkamah Rayuan yang bersidang pada 10 Februari 2008, setelah mendengar hujah-hujah daripada Peguam Syarie bagi pihak Perayu dan Responden serta meneliti segala rekod rayuan dan dokumen-dokumen berkaitan menerima rayuan Perayu serta membatalkan keputusan Hakim Bicara dan mensabitkan harta sebuah rumah teres biasa 2 tingkat dan tanah tapak rumah No. PTD 28767, Mukim Kluang Johor, No. Hakmilik HSD 34516, sebuah kereta Waja 1.6 yang bernombor pendaftaran JGH 508 dan saham-saham bernilai RM15,000.00 sebagai harta sepencarian yang diperolehi bersama oleh kedua-dua pihak iaitu sebuah rumah bernilai RM38,880.00 , sebuah kereta bernilai RM32,686.00 dan saham-saham yang bernilai RM15,000.00 menjadikan keseluruhannya daripada jumlah RM86,566.00 iaitu sebanyak RM28,855.33. Mahkamah menghukum ke atas Responden membayar kepada Perayu jumlah tersebut dan kos ditanggung oleh pihak masing-masing.





SEMAH BINTI DAUD
lwn
HASSAN BIN AWANG

[Mahkamah Rayuan Syariah Kota Bharu, Kelantan, (Dato’ Haji Daud bin Muhammad 26 Jun 2008]
[Kes  Rayuan Mal Bil : 03000-017-0004-2008]

FAKTA KES
Perayu dan Responden telah berkahwin pada tahun 1972/1973 mengikut Hukum Syarak dan bercerai pada 29 April 1993 di Mahkamah Qadhi Kota Bharu dengan talaq satu kali ketiga. Selama 20 tahun tempoh perkahwinan, pasangan ini dikurniakan 6 orang cahaya mata. Semasa dalam tempoh perkahwinan Perayu adalah seorang sururumah, manakala responden bekerja sebagai guru. Sepanjang hidup bersama, Perayu dan Responden telah dapat membeli sebuah rumah yang beralamat di No. Lot 289, No. Hakmilik 16638, Seksyen 23, Kota Bharu, Kelantan yang bernilai sebanyak RM206,00.00 .
            Di dalam kes ini, Perayu membuat rayuan terhadap keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah berkaitan dengan tuntutan ahrta sepancarian pada 15 Julai 2007 yang memutuskan Perayu mendapat 1/3 bahagian dan Responden mendapat 2/3 daripada jumlah gaji yang dipotong iaitu sebanyak RM22,981.97 yang dibuat dalam tempoh perkahwinan Perayu dan Responden.
Isu-isu dalam kes ini adalah :
   i)Adakah Perayu berhak mendapat Harta Sepencarian ke atas harta yang   
     dituntut iaitu sebuah rumah berkembar dua tingkat di atas Lot No. 289 hak
     milik G 16638 Sek.23,Bandar Jajahan Kota Bharu, Kelantan yang bernilai  
     RM206,000.00 .
   ii)Berapa kadar dan bahagian yang sepatutnya diterima oleh Perayu.
Tidak ada perkataan Harta Sepencarian secara jelas dalam Hukum Syarak namun ianya mendatangkan kebaikan kepada kaum wanita di negeri ini. Ini kerana di dalam kaedah Fiqh apabila sesuatu adat atau uruf itu telah diakui kebaikannya dan telah diberi pengiktirafan kehakiman atau undang-undang kedudukannya pada masa ini tidak lagi sebagai adat akan tetapi ianya berdasarkan kepada kemaslahatan(maslahah) yang mesti diikuti dan dipatuhi, ertinya adat itu diakui dan diberi pengiktirafan jesteru itu Mahkamah berpendapat Harta Sepencarian ini adalah sebahagiandaripada hukum dan undang-undang Islam.
  Hasil daripada kerjasama dan hubungan suami isteri menjalankan tugas dan tanggungjawab dalam menguruskan rumahtangga dalam bentuk usaha tenaga fizikal dan mental hingga memperolehi harta atau aset-aset yang merupakan harta wang ringgit telah dipanggil sebagai Harta Sepencarian dan diakui oleh Islam dan diberi pengiktirafan undang-undang dan penghakiman yang berdasarkan kaedah al Adat Muhakkamah.
Di dalam kaedah fiqh atau Qawaid Al-Fiqhiyyah menyatakan :
العادة محكمة  
Bermaksud : Adat itu diperakui dan diberi pengiktirafan undang-undang.
المعروف عرفا كاامشروط شرطا  
Bermaksud : Sesuatu yang diterima mengikut adat samalah kedudukannya seperti sesuatu yang dibuat mengikut syarak.
PENDAPAT ULAMA’
1)Di dalam kitab Qawaid al Fiqhiyyah, yang ditulis oleh Dr Abdul Karim Zaidan yang bermaksud Uruf menhikut Jumhur al-Fuqaha’ telah ditakrifkan sebagai “sesuatu yang telah menjadi kebiasaan oleh manusia untuk mematuhinya dalam urusan kehiduoan harian sehingga sebati dengan mereka dan menjadi satu perkara yang lumrah sama ada uruf itu qauli atau amali, am atau khas, sahih atau fasid.
2)Mengikut pendapat Sayyid Sabiq[11] dalam dibawah tajuk خدمة المراة زوجها  Sayyid Sabiq mengulas berdasarkan surah al-Baqarah ayat 228 mengenai perkara ini.  Allah berfirman yang bermaksud :
“Dan isteri-isteri itu ada hak yang sama seperti kewajipan secara yang sepatutnya dan suami mempunyai satu kelebihan atas isterinya.”
KEPUTUSAN   
Mahkamah Rayuan yang bersidang pada hari Khamis 26 Jun 2008, setelah mendengar hujah-hujah daripada kedua-dua pihak dan meneliti rekod-rekod rayuan dan dokumen-dokumen berkaitan dengan sebulat suara membenarkan rayuan pihak Perayu dan memerintahkan seperti berikut :
  i)Perintah Mahkamah Tinggi pada 15 Julai  2007, dengan ini dibatalkan dan  
    diganti dengan keputusan berikut :
    Mahkamah ini memerintahkan Responden Hassan Bin Awang membayar 
    kepada Semah Binti Daud sebanyak RM37,869.00 iaitu 1/3 daripada nilai  
    bersih rumah yang berjumlah RM113,607.74 sebagai harta sepencarian: dan
   ii)Kos rayuan ditanggung oleh Responden.




[1] Tidak bertentangan dengan syariat
[2] Tidak menyebabkan kefasadan dan tidak menghilangkan kemaslahatan
[3] Telah berlakunya pada umumnya orang muslim
[4] Burhanuddin, Fiqh Ibadat hlmn. 263
[5] A.Djazuli, Kaedah-kaedah fiqh hlmn 84-85
[6] Imam Musbukin, Qawaid Al-Fiqhiyyah hlmn. 102-103
[7] A. Djazuli Kaedah-kaedah Fiqh hlmn. 86
[8] Imam Musbikin, Qawaid Al-Fiqqiyah hlmn. 100
[9] Kitab al-Qawaid al-Fiqhiyyah karangan Abdul Karim Zaidan diterjemah oleh Haji Muhammad Soleh Bin Haji Ahmad, cetakan Pustaka Abdul Majid ,hlm.622
[10] Imam Syafie di dalam kitab al-Um, Juz 8, Dar al-Fikr, Beirut, 1983 hlmn. 427
[11] Kitab Fiqh Al Sunnah jilid 2 hlmn 174

Comments

Popular posts from this blog

AL-BAYYINAH ALA MUDDA'IE WAL YAMIN ALA MAN ANKAR ALAIH

AL-BAYYINAH ALA MUDDA'IE  WAL YAMIN ALA MAN ANKAR ALAIH [AHMAD FARIS AINAN BIN MOHD RADZI] PENDAHULUAN Didalam Islam, yang menjadi teras kepada pelaksanaan hukumnya adalah ia mesti adil kepada semua pihak. Sebagaimana firman Allah SWT yang mafhumnya bermaksud: “ Apabila kamu menetapkan hokum diantara manusia supaya kamu menetapkannya dengan adil ” Adil dalam konteks ini bererti memberi peluang kepada pihak-pihak untuk mengemukakan pendakwaan dan mengemukakan pembelaan diri. Atas asas ini, maka seseorang itu adalah tidak bersalah selagi mana tidak dibukutikan bersalah. Ini adalah selari dengan kaedah:     الأصل براة ذمة (tiada apa-apa tanggungan pada asalnya)”. Maka jika dikaitkan antara kaedah ini dengan isu pendakwaan atau pembelaan maka ia bermaksud seorang itu tidak menanggung apa-apa beban kesalahan sehinggalah di buktikan yang sedemikian. Pelaksanaan proses kehakiman yang adil dan saksama adalah sangat dituntut di dalam agama Islam. Hal ini d...

KEMUDARATAN ITU DAPAT DIHILANG

KEMUDARATAN ITU DAPAT DIHILANG [SITI ZAINAB BINTI HANAPI] ( الضرر يزال ) Asal dari kaedah ini adalah hadits Nabi: La Darar wa La Dirar " لاضرر ولاضرار ". Darar adalah menimbulkan kerosakan pada orang lain secara mutlak. Sedangkan Al-Dirar ialah menyanggah kemudaratan dengan kemudaratan. Hadith “La Darara wa La Dirar” ini adalah nas pengharaman darar kerana terdapat “La al-Istighraqiyyah (penafian yang merangkumi) yang membawa maksud pengharaman semua jenis kemudaratan kerana ia merupakan suatu bentuk kezaliman, melainkan apa yang dikhususkan dengan dalil seperti hukuman hudud dan hukuman-hukuman lainnya.Ini bermakna, kemudaratan dan sanggahan dengan kemudaratan yang diharamkan ialah ianya tanpa hak yang diharuskan syarak. Sementara megenakan kemudaratan dengan hak, itu adalah tuntutan syarak. Contoh: Siapa yang merosakkan harta orang lain, maka bagi yang dirosak tidak boleh membalas dengan merosakkan harta benda si perosak. Kerana hal itu akan memperluas kero...

AL-ASL BAQA' MA KANA ALA MA KANA

AL-ASL BAQA' MA KANA ALA MA KANA [MASITAH BINTI YAACOB] 1.0 PENDAHULUAN Kewujudan himpunan kaedah-kaedah fiqh dalam tradisi keilmuan Islam membuktikan bahawa terdapat usaha yang telah dilakukan oleh para ilmuwan Islam untuk menghimpunkan kaedah-kaedah fiqhiyyah untuk dijadikan panduan oleh umat Islam bagi menyelesaikan permasalahan hukum yang muncul dalam masyarakat di sepanjang zaman. Dalam tugasan kali ini saya mengambil tajuk dari   pecahan Kaidah Kubra Kedua . اﻷﺻﻞ ﺑﻘﺎء ﻣﺎ ﻛﺎن ﻋﻠﻰ ﻣﺎ ﻛﺎن   “Hukum Asal sesuatu itu   adalah kekal seperti sedia ada.” Contoh aplikasinya: Jika seseorang telah berwudhu untuk solat fardhu, dan setelah solat ia masih merasa yakin dalam kedaan suci, namun ketika hendak solat fardhu berikutnya ia ragu adakah sudah batal atau tidak, maka ia dikira tetap dalam keadaan suci. Dan hukum asal sesuatu itu adalah sepert ketetapan awal itu.  Kaedah fiqh sebagai hujah "asal sesuatu itu kekal mengikut apa yang ada sebel...