Kaedah Fiqhiyyah Yang Sering Digunakan Dalam Pengendalian Kes Di Mahkamah Syariah
[NURUL SHAFIQAH BINTI MOHD ZULKIPLI]
[NURUL SHAFIQAH BINTI MOHD ZULKIPLI]
KAEDAH-KAEDAH FIQH
MENURUT ISLAM
Kaedah Fiqh
merupakan pemahaman yang
tercetus melalui pemikiran
ahli fuqaha’, ianya
telah menjadi salah
satu perkara asas
dalam perbincangan yang berlaku
diantara fuqaha yang
terdahulu dari kalangan
sahabat-sahabat mahupun para
mujtahid sendiri.
Selain
itu, kaedah ini
bukan perkara baru
yang dicipta akal
semata-mata, malah, jika
dihayati, beberapa hadith
yang diriwayatkan, mengandungi
beberapa bentuk kaedah
fiqh yang jelas.
Justeru,
kaedah fiqh ini
adalah berjalan seiringan
dengan pensyariatan dalam
Islam begitu juga dalam
mengeluarkan hukum dalam
beberapa perkara baru.[1]
Antara kaedah-kaedah
yang selalu digunapakai
di dalam mahkamah
ialah:
1.
Al-Umur Bi
Maqosidiha الأمور
بمقاصدها ) (
الأمور
بمقاصدها
Maksudnya :
“Segalanya urusan berdasarkan niatnya”. [2]
2.
Addhorar Yuzal (الضرر يزال)
الضرر
يزال
Maksudnya :
“Mudarat dihapuskan”[3]
3.
Al-Yaqin La Yazulu
Bi al-Syak (اليقين لا يزال بالشك)
اليقين
لا يزال بالشك
Maksudnya : “Keyakinan
tidak dihapuskan dengan
syak”.
4.
Al-Musyaqqah Tajlibu
At-TTaisir (المشقة تجلب التيسير)
المشقة
تجلب التيسير
Maksudnya : “Kesukaran
membawa kepada keringanan”
Kaedah Fiqhiyyah Yang
Sering Digunakan Dalam Pengendalian Kes
Di Mahkamah Syariah
Antara
kaedah fiqhiyyah yang
kerap digunakan dalam pengendalian kes
di mahkamah syariah
ialah kaedah fiqhiyyah
yang kedua iaitu Addhorar Yuzal (الضرر يزال),[4]
Kaedah ini
meliputi kebanyakan fiqh
Islami dan pengaplikasiannya di
dalam beberapa bidang fiqh.
Sesungguhnya sifat hukum Islam
adalah meraikan manfaat
kepada manusia dan
menghalang apa jua kemudharatan. Apabila
membincangkan soal kemudharatan,
tak dapat tidak
untuk membincangkannya bersama
maqasid syari’yyah iaitu
menjaga agama, jiwa,
keturunan, harta dan
maruah.
Kaedah ini
muncul berdasarkan hadis
yang diriwayatkan oleh Al-hakim, dari
Abi Said al-Khudri,
dari rasulullah s.a.w
menyatakan bahawa :
لا ضرر ولا ضرار
Maksudnya : “Tidak ada
mudarat dan tiada
yang memudaratkan”.[5]
Dalam
membincangkan perkataan dhorar
dan dhirar, beberapa
ulama’ telah mendatangkan
pentakrifan padanya, sepertimana
yang dinyatakan oleh
al-Khusyani :
I.
Dharar bermaksud
yang pada kamu
ada manfaat tetapi
ada mudharat pada
jiran kamu.
II.
Dhirar ialah
tiada padanya manfaat
begitu juga pada
jiran kamu.
Ada juga
yang berpendapat bahawa dharar
dan dhirar seperti
bunuh dan pembunuhan.
I.
Dharar adalah
melakukan kemudharatan kepada
siapa yang tidak
memudharatkan kamu.
II.
Dhirar adalah member
kemudharatan kepada siapa
yang memberi kemudharatan
kepada kamu.
Menurut
Allamah Ibnu Atsir
dalam kitabnya ‘Annihayah’:
I.
Dharar bermaksud
tidak memudaratkan seseorang
akan saudaranya, iaitu
menafikan sesuatu dari
hak saudaranya.
Dhirar bermaksud
proses dalam kemudharatan
itu.
Kaedah Melalui
Nas Nabawiah
Kaedah yang
diambil adalah berdasarkan
kepada hadis-hadis nabi
dan kemudian para
fuqaha’ mengambilnya sebagai
kaedah fiqh. Sebagai
contoh apa yang
dinyatakan dalam Majalla
Al-ahkam al-Adliyyah beberapa
kaedah yang diambil
terus dari hadis
nabi. Antaranya ialah :
1) Tidak
mudarat dan memudaratkan
لاضرر ولا ضرار
2) Keterangan
dari tangan pendakwa
dan sumpah atas
siapa yang ingkari
البينة على المدعى واليمين على من أنكر
Ianya dengan
terang telah menjelaskan
bahawa kaedah fiqh
melalui bahagian nas ini adalah yang
digunakan dalam perbahasan
hukum, diambil terus
hadis Rasulullah. Penetapan
hukum di dalam
Islam adalah menolak
apa jua bentuk atau
perkara yang bukan
tercipta dari nas-nas
Islam.
Contoh-contoh kes
.
1)
FASAKH
Kes penceraian secara
fasakh adalah antara kes
yang menggunakan kaedah
الضرر يزال ini
. Fasakh diharuskan
jika seseorang itu
melakukan suatu kezaliman
yang boleh mendatangkan
kemudaratan keatas pasangannya, sepertimana yang
tercatat dalam hadis
nabi yang diriwayatkan
oleh Abi Said
Al-Khuzri r.a. bahawasanya
nabi s.a.w telah bersabda :
لاضرر ولا ضرار لا
Bermaksud :
“Tidak ada kemudaratan
dan tidak memudaratkan”
( Riwayat Ibnu
Majah dan Al-Daraqtari
- Sunan Ibnu Majah,
juzuk 7, No.Hadis
2331, hlmn, 143 )
[6]
Contoh Kes :
DALAM
MAHKAMAH TINGGI SYARIAH
NEGERI PAHANG DARUL
MAKMUR, DI KUANTAN
KES MAL NO : 06100-014-0231 -2009,
06100-014-0480-2009, 06100-036-0186 – 2011
ANTARA
Huzreen
Suzlin Binti Ab
Hamid
Lwn
Muhammad
Azrul bin Ab . Hadi
LOKASI : Mahkamah Tinggi Syariah
Kuantan
HAKIM :
YA Tuan Haji
Mohd Yusof Bin
Ab Ghani . AMP, HMTS
Pada 29 Ogos
2014 bersamaan 03 Dzulkaedah 1435H,
suatu tuntutan
Fasakh telah di jalankan
di bawah Seksyen.53
Enakmen Undang-undang Keluarga
Islam (Negeri Pahang) 2005 di
Mahkamah Tinggi Syariah
Kuantan. Plaintif, Huzreen
Suzlin Binti Ab.Hamid
(No.K/P :780901-xx-xxxx)
telah bernikah dengan
Defendan, Muhammad Azrul
Bin Ab.Hadi (No K/P: 751103-xx-xxxx) pada
17 Mei 2002
di rumah ibubapa
Plaintif di batu
12, Jalan Gambang
berwalikan bapa kandung
Plaintif iaitu Ab.Hamid
Bin Hj Mohamad.[7]
Perkahwinan
di antara Plaintif
dan Defendan adalah
suka sama suka
dan hasil daripada
perkahwinan ini Plaintif
dan Defendan telah
dikurniakan dua orang
anak, seorang lelaki,
Muhammad Iman syakeer
Bin Muhammad Azrul
yang lahir pada
18/01/2004 dan seorang
anak perempuan bernama
Puteri Nur Iman
Syakireen Binti Muhammad
Azrul lahir pada
09/08/2005.
Plaintif
telah menfailkan tuntutan
fasakh di Mahkamah
Tinggi Syariah Kuantan
diatas alasan Defendan
dengan sengaja mengabaikan
tanggungjawab sebagai seorang
suami kepada Plaintif,
Defendan telah gagal
memberikan nafkah yang
sepatutnya kepada Plaintif
dan anak-anak, dan
Defendan secara lazim
menyakiti atau menjadikan
kehidupan Plaintif menderita
disebabkan oleh kelakuan
aniaya.
Plaintif
telah memberi keterangan
dengan membawa bukti
ke Mahkamah bagi menyokong
dakwaan-dakwaan yang dibuat terhadap Defendan.
Mahkamah mendapati dan
berpuas hati dengan
segala keterangan-keterangan kedua-dua
pihak dan saksi-saksi
yang dikemukakan.
Plaintif
telah mengemukakan tiga
orang saksi iaitu:
i.
Zawiyah Daud - SP1
ii.
Rahmat Bin Muhammad
- SP2
iii.
Uzair Bin Megat
Ali - SP3
Plaintif
juga dalam keterangannya
mengatakan bahawa Defendan
mempunyai tabiat buruk
iaitu menghisap dadah.
Namun, di dalam
kes ini mahkamah
menolak keterangan mengenai
defendan pernah menghisap
dadah selepas pihk
plaintif gagal untuk
membuktikannya. Tiada saksi
yang dipanggil oleh
pihak Plaintif bagi
membuktikan yang Defendan
menghisap dadah dan
tiada pembktiann yang dapat
meyakinkan Mahkamah mengaitkan
defandan dengan kes
dadah.
Plaintif
dan Defendan telah
tidak tinggal bersama
semenjak Mac 2008
sehinggalah kes difailkan
dan sehingga sekarang
tiada nafkah untuk
Plaintif dan anak-anak
diberikan sepanjang tempoh
tersebut.
Dalam
kes ini, Mahkamah
juga telah mengambil keterangan plaintif
yang mana plaintif
telah bekerja sebagai
Ekskutif Pemasaran di
Celcom dengan gaji lebih
kurang RM2700 sebulan
manakala defendan tidak
mempunyai pekerjaan yang
tetap dan berpendapatan
rendah. Defendan telah
cuai dalam menyediakan nafkah
sewajarnya kepada Plaintif
dan anak-anak yang
boleh mendatangkan darar
kepada plaintif dan
anak-anak yang mana
sepatutnya nafkah merupakan
hak isteri dan
tanggungjawab suami untuk
menyediakannya.
Mahkamah
mendapati keterangan plaintif
juga membuktikan plaintif
telah membeli
rumah di Pandan
Perdana 2, Kuantan
dan Plaintif turut
membeli kenderaan yang
merupakan keperluan yang
mana rumah dan
kereta tersebut dibayar
oleh plaintif dan
suami hanya menumpang
sahaja.
Mahkamah
berpuas hati dengan
keterangan dan Qarinah
plaintif bahawa kehidupan rumah
tangga Plaintif dan
Defendan banyak ditanggung
oleh Plaintif, selain
rumah dan kereta
plaintif turut menanggung
yuran pelajaran anak
di TASKA, malah
perbelanjaan lain rumahtangga
semua dibiayai oleh Plaintif
sendiri. Defendan tidak memberikan
nafkah yang sewajarnya
kepada Plaintif dan
tidak bertanggungjawab terhadap
urusan rumah tangga . Plaintif telah
berkorban segala-galanya untuk
Defendan , urusan
rumahtangga dan anak-anak.
Oleh
itu, Mahkamah menyimpulkan
Defenden dalam kes ini
telah cuai dalam menjaga
rumahtangganya. Defenden juga
gagal menjalankan kewajipannya
menafkahi Plaintif sedangkan
Plaintif tidak pernah
disabitkan Nusyuz oleh mana-mana
Mahkamah yang mana
akan menggugurkan haknya
daripada nafkah.
Hukum
Syarak dan Undang-undang
memberi kuasa kepada
Mahkamah untuk membubarkan
perkahwinan suami isteri
berdasarkan kepada
alasan-alasan yang munasabah
di sisi Hukum
Syara‘. Antara alasannya
ialah apabila suami
tidak memberi nafkah yang
wajib kepada isteri
untuk suatu tempoh
tertentu sebagaimana hujah diatas.
Merujuk kepada kes
Joan Mary Sulaiman
lwn Sulaiman Haji
Musa, Yang Arif Hakim Abu
Bakar ada mengatakan:-
·
Tidak memberi nafkah
atau tidak mengadakan
nafkah kepada isteri boleh
menjadi kesukaran dan
kesusahan dalam meneruskan
hidup kerana nafkah adalah
keperluan asas untuk
hidup
·
Ia juga boleh
dirujuk di dalam
kitab Al-Firqatu Baina
Al-Tazwijaini oleh Ali hasbullah,
muka surat 133
yang maksudnya :
Adalah
tidak syak lagi
bahawa memegang isteri
tanpa memberi nafkah
adalah sangat-sangat memudaratkannya dan menyakitinya. Dalam
hal ini suami sepatutnya
melepaskan isteri dengan
cara yang baik.
Apabila suami tidak
berbuat demikian, maka
Qadhi boleh menjatuhkan
talaq itu untuk
menghindarkan kezaliman dan
menolak kemudharatan.
Manakala Defendan dalam
kes ini memohon
kepada Mahkamah sekiranya
perkahwinan tidak dapat
dikekalkan, alternative kepada
perceraian adalah melalui
Seksyen 49 iaitu
Khul‘ (Tebus Talaq)
selepas menyatakan Plaintif
berlaku curang dan
mempunyai lelaki lain.
Didalam
kes ini juga
, Defendan telah
gagal mengemukakan apa-apa
keterangan yang meyakinkan
dan tidak menafikan
dan seterusnya tidak
membuktikan sebaliknya keterangan
Plaintif dan saksi-saksi
Plaintif . Malah
Keterangan Defendan hanya
meceritakan keburukan Plaintif
ang menurut Defendan
mempunyai hubungan dengan
lelaki lain. Ini
bukanlah suatu usaha
untuk menjernihkan kembali
hubungan rumahtanggga plaintif
dan defendan, malah
ini lebih kepada
penyebab syiqaq yang
berpanjangan sejak 2008
hingga kes ini
difailkan.
Malah
keterangan saksi defendan
yang juga merupakan
ibu kepada Defebdan
itu sendiri iaitu
Hjh Soleha Binti
Sulaiman – SD1
tidak menunjukkan adanya
usaha-usaha dari defendan
sendiri atau keluarga
untuk mendamaikan dan
menjernihkan kembali hubungan
suami isteri antara
plaintif dan Defendan.
Sepatutnya ibu defendan
lebih berusaha untuk
mendamaikan pasangan ini.
Plaintif
juga telah memohon
hak penjagaan anak
(Hadhanah) bagi kes
mal bernombor 06100-014-xxxx-xxxx, dan
mendapatkan perintah (komital)
menghina mahkamah bagi
kes Mal No.
06100-036-0186-2011.[8]
Berhubungan dengan Hadhanah
kes mal No.
06100-014-xxxx-xxxx mahkamah merujuk
kepada Seksyen 85
Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri
Pahang) 2005 yang
memperuntukkan bahawa;.
·
Hak hadhanah bagi
menjaga seseorang kanak-kanak
adalah tamat setelah
kanak- kanak itu mencapai
umur tujuh tahun,
jika kanak-kanak itu
lelaki, dan umur
Sembilan tahun, jika
kanak-kanak itu perempuan,
tetapi mahkamah boleh ,
atas permohonan Hadhinah,
membenarkan dia menjaga
kanak-kanak itu sehingga
kanak-kanak mencapai umur
Sembilan tahun, jika
kanak-kanak itu lelaki, dan
umur sebelas tahun, jika kanak-kanak
itu perempuan.
·
Setelah tamatnya hak
hadhanah, penjagaan adalah
turun kepada bapa,
dan jika kanak-kanak
itu telah mencapai
umur kecerdikan (mumaiyiz), maka
kanak-kanak adalah berhak
memilih untuk tinggal sama
ada ibu atau
bapanya, melainkan jika
Mahkamah memerintahkan selainnya.
Mahkamah
mendapati kedua-dua anak
plaintif dan Defendan telahpun mumaiyyiz (mencapai
umur kecerdikan) dan
berhak memilih untuk
tinggal bersama plaintif
atau Defendan. Dalam
satu hadith riwayat
Imam Ahmad, dikisahkan
bahawa Rasulullah s.a.w
telah menyuruh seorang
anak yang sudah
mumaiyyiz memilih sama
ada ibu atau
bapa yang dia
suka tinggal. “Wahai anak!
Ini bapamu dan ini ibumu,
peganglah tangan siapa
yang kamu suka antara
mereka berdua. Lalu
anak itu memegang
tangan ibunya, lantas ibunya membawa
ia pergi.” (HR Imam Ahmad)
Keputusan
:
Setelah
Mahkamah meneliti serta
menghalusi segala keterangan
Plaintif dan Defendan,
Dokumen-dokumen yang dikemukakan,
maka Mahkamah berpuashati,
dengan ini Mahkamah
perintah dan sabitkan
bahawa tuntutan fasakh
Plaintif adalah jelas
dan wajar memandangkan
dalam kes ini
Defendan tidak mahu
melafazkan talaq kepada
plaintif, wujudnya darar
di pihak Plaintif,
dan tiada tanda-tanda
perkahwinan ini pulih
daripada shiqaq.
Diperintahkan
Plaintif untuk beriddah
tiga kali suci
mulai hari ini
dan daftar cerai
Fasakh setelah tamat
tempoh 14 hari
untuk rayuan jika
ada sebarang rayuan
selepasnya, bagi kes
Mal No. 06100-028-0480-2009 untuk
hadhanah, dua orang
anak dipanggil ke
Mahkamah Tinggi Syariah
untuk diambil pendapatnya
dan Kes Mal
No. 06100-036-0186 tahun
2011 dibatalkan.
Kepentingan Ilmu
Kaedah Fiqh Menurut Pandangan Ulama’.
Dapat
disimpulkan di sini
beberapa kepentingan ilmu
ini, antaranya :
a)
Kaedah ini
mempunyai peranan dalam
meringankan pengambilan hukum
fiqh dengan cara
menyusun masalah fiqh
yang furu’ dengan
satu cara atau
kaedah yang umum.
Tanpa kaedah ini,
maka masalah furu’ akan
bertentangan antara satu
sama lain tanpa
ada asal yang
boleh dipegang.
b)
Dengan mempelajari
kaedah ini, mampu untuk menjaga dan memelihara masalah
fiqh yang banyak dan
ada juga yang
saling bertentangan dengan
menjadikan kaedah ini cara
untuk menghadirkan hukum.
c)
Mendidik para
pengkaji ilmu untuk
mengeluarkan hukum dengan
kaedah tersebut
Mempelajari ilmu yang berkaitan dengan usul fiqh atau
kaedah-kaedah fiqhiyyyah ini adalah bagi
menyampaikan hukum hakam mengikut syarak yang bersifat praktikal atau sesuatu
yang lebih kepada amali dengan cara meletakkan kaedah-kaedah serta
manhaj-manhaj untuk menggunakanya dengan betul tanpa mengetahui asal-usul
sesuatu hukum itu jika kita tidak mempelajarinya terlebih dahulu.. [9]
[2] Al-Suyutiyy 1998 : 35
[3] Al-Nadawiyy 1994 : 287
[5] Imam Malik 1985
: 745, al-Bayhaqiyy
1999 : 115
& al-Hakim 1990
: 66.
[6] Riwayat Ibnu
Majah dan Al-Daraqtari
- Sunan Ibnu Majah,
juzuk 7, No.Hadis
2331, hlmn, 143
Comments
Post a Comment