KEYAKINAN TIDAK HILANG
DENGAN KERAGUAN
[CHE DAHLIAWATI BINTI CHE DAUD]
PENDAHULUAN
Islam
mengajar kita supaya berusaha mengelakkan sesuatu yang boleh mendatangkan syak.
Ini adalah kerana syak boleh menimbulkan kekeliruan dan banyak keadaan, ia
boleh mendatngkan kesusahan kepada kita. Saranan dan galakkan ini sebenarnya
untuk mengelakkan sebarang pertelingkahan yang mungkin tercetus akibat dari
kesamaran dan kekaburan maklumat pada masa hadapan.
Sebagai
manusia biasa , kita tidak dapat lari terlupa, oleh kerana itu, islam telah
mendatangkan penyelesaian kepada permasalahan ini . antaranya , kita kembali
kepada perkara yang meyakinkan. Rasulullah SAW telah mengajarkan beberapa asas
untuk kita mengatasi masalah syak ini. Antara ajaran baginda dalam memberi
panduan bagaimana mengatasi syak dalam solat adalah melalui sebuah hadis
daripada Abu Sa’ad al-Khudri: jika seseorang daripada kamu ragu-ragu ketika
solat, dia tidak ingat berapa rakaatkah yang telah dikerjakannya : tiga atau
empat, maka ketepikanlah keraguan tersebut dengan keyakinan. (Riwayat Muslim) .
Hadis ini menunjukkan bahwa apabila seseorang itu berada dalam keadaan syak
sama ada dia telah menunaikan berapa rakaat, maka perlu mengambil kira bilangan
yang sedikit kerana ia meyakinkan dan tidak terjejas dengan keraguan. Demikian
juga seseorang yang telah mengambil wudhuk, namun selepas itu dia terlupa sama
ada sudah terbatal ataupun tidak, maka dia dikira masih berada dalam keadaan
berwuduk. Oleh itu, seharusnya kita berusaha mengelakkan diri dari sesuatu yang
mendatangkan syak .
DEFINISI KAEDAH FIQH : KEYAKINAN TIDAK HILANG DENGAN KERAGUAN
Pengertian yakin dari sudut bahasa :
Fairuz Abadi : jauh dari keraguan
Al-Jirjani : pengetahuan yang tiada keraguan bersamanya .Ibn Manzur :
pengetahuan yang dari keraguan serta dipastikan sesuatu perkara .
Dari beberapa pengertian yang salah
dikemukakan dan mereka semua sepakat mengatakan bahawa yakin ialah lawan bagi
ragu – ragu .
Pengertian yakin dari sudut istilah :
Jirjani : beritiqad bahawa sesuatu
itu dalam keadaan begini disamping itu ia juga beritiqad tidak mungkin selain
dari yang diitiqad tadi, serta ia bersesuaian dengan keadaan dan tidak mungkin
akan hilang .
Pengertian syak dari sudut bahasa :
Jirjani : iaitu teragak agak antara
dua perkara atau keadaan yang saling bertentangan tanpa adanya tarjih salah
satu dari keduanya ketika syak tersebut .
Pengertian syak dari sudut istilah :
Imam al-nawawi : teragak agak antara
dua keadaan sama ada wujud atau tidak sesuatu perkara , sama ada kedua duanya
berada pada satu tahap atau yang satu lebih .
Sumber asal kaedah :
Asal kaedah ini berdasarkan
dalil-dalil hadis tertentu, antaranya ialah :
1. Berdasarkan
hadis daripada Abu Hurairah :
" إذا
وجد أحدكم في بطنه شيئا فأشكل عليه أخرج منه شيء أم لا فلا يخرجن من المسجد حتى
يسمع صوتا أو يجد ريحا "
Maksudnya :
apabila seseorang daripada kamu merasakan sesuatu dalam perutnya, kemudian
timbul keraguan dengan sebabnya : apakah yang telah keluar sesuatu daripadanya
atau tidak ? janganlah sekali-kali ia keluar daripada masjid sehingga ia
mendengar suara atau mencium bau (ia mendapati ada bukti batal wuduknya) .
2. Sebagaimana
hadis riwayat Abu Hurairah , Rasulullah s.a.w bersabda :
" إذا كان
أحدكم في الصلاة فوجد حركة في دبره أحدث أو لم يحدث فأشكل عليه فلا ينصرف حتى يسمع
صوتا أو يجد ريحا ".
Maksudnya
: apabila seseorang kamu sedang sembahyang dan ia dapati ada gerakan (keluar
sesuatu) pada duburnya apakah ia telah berhadas atau tidak berhadas serta
timbul keraguan tentangnya. Janganlah ia berhenti (daripada) sembahyang
hinggalah mendengar suara atau mencium bau.
Hadis
tersebut membawa maksud , jika seseorang itu merasa ragu-ragu di dalam
mengerjakan sembahyang dan tidak tahu berapa rakaatkah ia telah sembahyang.
Iaitu apakah ia telah mengerjakan tiga atau empat rakaat , hendaklah ia
menghilangkan keraguan itu dan tetapkanlah dengan apa yang meyakinkan dengan
mengira tiga rakaat sahaja . untuk itu, apa yang dimaksudkan dengan kkeyakinan
disini ialah tiga rakaat, kerana tiga rakaat itu sebelum empat .
Maksud umum kaedah :
Apabila sesuatu perkara atau sesuatu
keadaan telah diyakini ketetapannya atau telah diputuskan hukumnya berdasarkan
kepada dalil-dalil yang kuat atau tanda – tanda yang dipercayai maka perkara
tersebut atau keadaan tersebut tidak akan terangkat hukum yakin semata mata
dengan syak yang lemahatau andaian yang tidak disandarkan kepada dalil yang
kuat . hukum tadi akan berterusan sehingga datangnya dalil yang setara
dengannya .
Huraian kaedah
Kaedah itu antara lain bermaksud ,
hukum asal atau yang terkuat dikira tetap ada terhadap apa yang telah ada . ia
juga membawa kepada pengertian kekal sesuatu yang berlaku pada masa lampau
mengikut ketetapan atau thabit pada masa lau. Iaitu samada ia sesuatu ketetapan
atau penafian. Ia dikekalkan mengikut keadaan dan hal sebagaimana adanya itu
tanpa apa-apa perubahan selagi tidak ada dalil yang merubahnya.
Kes Berkaitan dengan Kaedah Fiqh :
Permohonan Farak Nikah
Nuraizah Chin Bt Abdullah ( pemohon )
Lawan
Jamry Bin Ahmad ( Responden )
[
Dalam Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor Darul Ehsan]
[Tuan
Wan Mahyuddin bin Wan Muhammad ,Hakim), 24 oktober 2005]
[kes
Mal saman No. 10006-011-100-2005]
Enakmen
pentadbiran agama islam ( Negeri Selangor ) 2003 permohonan untuk memfarakkan
pernikahan-pernikahan berlangsung di negeri Perak- pemohon adalah seorang
mualaf- menggunakan wali hakim yang tidak diberi tauliah oleh Sultan –sijil
pernikahan palsu- pernikahan batil –hukuman berkahwin tanpa wali-pemohon bersumpah
dengan yamin al-mutammimah- pernikahan pemohon dan responden
difarakkan oleh mahkamah .
FAKTA KES
Kes ini mula difailkan pada 27 april
2005 . Pemohon telah menggunakan khidmat peguam syarie pada 29 jun 2005.
Mahkamah ini berbidangkuasa mendengar kes ini kerana pemohon telah tinggal dan
bermastautin di dalam daerah sepang . ini adalah permohonan untuk membubarkan
atau memfarakkan pernikahan antara pemohon dan responden berdasarkan
peruntukkan seksyen 62 (2) (b) Enakmen pentadbiran Agama Islam ( Negeri Selangor)
2003. Pemohon adalah seorang mualaf yang telah memeluk Islam pada 09.09.2002
Berdasarkan
surat perakuan nikah ditanda p1 pemohon dan responden telah pun bernikah pada
tarikh 14.11.2002 di perak . pernikahan ini telah diurus dan diatur sepenuhnya
oleh responden dengan menggunakan wali hakim. Berdasarkan kepada affidavit
bertarikh 27 April 2005 antara alasan pemohon untuk memfarakkan pernikahan ini
dengan responden ialah kerana pemohon merasakan pernikahannya dengan respomden
tidak sah mengikut hukum syarak kerana diragui wali hakim yang menikahkan
mereka. Wali hakim yang menikahkan mereka juga tidak diiktiraf dan tidak
dilantik oleh Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIP) serta tidak ditauliahkan
sebagai wali hakim. Selain itu, terdapat satu surat sokongan dari jabatan Agama
Islam perak, pejabat Agama Islam Ipoh dan pejabat Agama Islam Daerah Sepang
yang telah mengesahkan sijil pernikahan yang telah dikeluarkan adalah palsu .
Diputuskan selepas plaintif melafazkan yamin al-mutamimah :
1) Mahkamah menfarakkan pernikahan
antara pemohon dan responden.
2) Responden dihalang daripada
mendekati pemohon .
3) surat asal nikah bernombor 0005824
di perak dibatalkan .
Peguam syarie :
Yang Bijaksana Encik Juraish bin
Kamaruddin daripada jabatan Agama Islam Negeri Selangor mewakili pemohon .
Surah dari al-Quran yang dirujuk :
1) surah al- Baqarah ayat : 232
Hadith yang dirujuk :
Hadith yang diriwayatkan oleh Abu
Daud, sabda Rasulullah SAW maksudnya : ‘ sultan menjadi wali bagi sesiapa yang tidak
mempunyai wali ’.
Hadith riwayat Abu Daud, sabda
Rasulullah SAW : “ tidak ada nikah tanpa wali’’.
Undang-undang yang dirujuk :
1. Enakmen pentadbiran Agama islam (
Negeri Selangor ) 2003 .
2. Enakmen keterangan Mahkamah
Syariah (Negeri Selangor )2003.
3. Enakmen tatacara Mal Mahkamah
syariah ( Negeri Selangor) 2003.
4. Enakmen undang-undang keluarga
islam ( Negeri Selangor) 2003.
Kes yang dirujuk :
Kes Zainak Abidin bin Mohamed lwn
Norziah binti Mohd. Nor ( jun 1998), jurnal Hukum, ms 91 .
ISU-ISU :
1. Isu pertama
ialah siapakah sebenarnya yang berhak menjadi wali bagi pihak pemohon? Pemohon
di dalam kes ini adalah seorang mualaf yang telah memeluk agama islam pada 9
september 2002. Ini berdasarkan satu surat akuan memeluk agama islam bernombor
01981 dari pejabat Agama Islam Segamat , Johor yang telah diserahkan ke
mahkamah semasa pendaftaran. Sesungguhnya setiap perkahwinan itu hendaklah
dilakukan mengikut hukum syarak dan mengikut undang-undang. Di dalam Enakmen undang-undang
keluarga islam (Negeri Selangor )2003 . Berdasarkan keterangan pemohon, tidak
ada seorang pun dari saudara mara atau nasab, oleh itu wali yang sebenarnya
bagi pihak pemohon adalah sultan di tempat pemohon bermastautin.
2. Isu kedua iaitu
persoalan adakah jurunikah yang menikahkan pasangan ini mempunyai kuasa
perwakilan sebagai wali hakim yang dilantik oleh sultan?
3. Isu ketiga iaitu
adakah surat dari jabatan agama islam perak, pejabat Agama islam ipoh dan
pejabat Agama islam Daerah Sepang bileh diterima sebagai qarinah yang kuat
untuk mmembuat keputusan kes ini?
4. Yang menjadi isu
keempat ialah hukum pemohon berkahwin tanpa wali dan perkara yang menyusul
selepasnya.
ALASAN PENGHAKIMAN :
Sepanjang perbicaraan, kes ini telah
didengar oleh sebelah pihak kerana responden tidak hadir dan tidak dapat
dikesan . Saman bagi kes ini telahpun sempurna apabila iklan telah dikeluarkan
di dalam Akhbar Utusan Malaysia yang memaklumkan responden hendaklah hadir ke
mahkamah ini pada 20 jun 2005. Di dalam Enakmen tatacara Mal Mahkamah Syariah
(Negeri Selangor) 2003, menyebutkan di dalam seksyen 48(3) “ penyampaian ganti
hendaklah mempunyai kesan yang sama seperti penyampaian ke diri” . berdasarkan
permohonan yang dibuat oleh pihak pemohon terdapat beberapa isu yang perlu diputuskan
.
KEPUTUSAN :
1. Mahkamah
mengiktiraf dan berpuas hati dengan hasil siasatan dan laporan bertulis dari
Jabatan Agama Islam Perak, pejabat Agama Islam Ipoh dan Pegawai Agama Islam
daerah sepang Selangor.
2. Maka dengan ini
, pernikahan di antara pemohon dan responden bertarikh 14.11.2002 difarakkan
oleh mahkamah .
3. Pemohon
hendaklah bereddah mulai hari ini.
4. Responden
dihalang mendekati pemohon.
5. Surat akuan
nikah bernombor 0005824 dalam bil. daftar 311/2002, bertarikh akad nikah
14.11.2002 dibatalkan mulai hari ini.
6. Pembatalan
pernikahan ini hendaklah didaftarkan di Pejabat Agama Islam Daerah Sepang.
PENUTUP / KESIMPULAN KAEDAH :
Kaedah
Al Yakin La Yuzalu Bi Syakk merupakan kaedah yang amat penting dalam kehidupan
manusia kerana ia mempunyai banyak hubungan dengan hukum feqah . disamping
itu, ia mempunyai pengaruh besar dalam
kehidupan manusia dalam melakukan ibadah kepada Allah SWT . Kaedah ini juga mempunyai hubungan yang rapat
dalam kehidupan manusia seperti hakim yang menjatuhkan hukuman terhadap pesalah
ianya bersandarkan kepada bukti yang melampaui keraguan atau dengan kata lain
dengan bukti yang yakin.
RUJUKAN
1. Jurnal hukum,
jabatan hakim syariah Malaysia, m/s 91
2. Dr. Ab. Latif
Muda, Dr Rosmawati Ali @ Mat Zin, Perbahasan kaedah-kaedah fiqh, Kuala Lumpur :
cetakan pertama,2000 .
3. Wahbah Zuhaily,
al-fiqh al-islami wa Adillatuh, jilid 9, muka surat 6972-6972 .
4. Al-fiqh
al-Manhaji ala mazhab al-Imam Al-Syafei, Dar al-Syamiyyah,jilid 2, 2000, muka
surat 57-60.
Comments
Post a Comment