Skip to main content

SESUATU YANG MEYAKINKAN TIDAK AKAN HILANG HANYA DENGAN KERAGUAN



 Sesuatu yang meyakinkan tidak akan hilang hanya dengan keraguan

[UMMU UMAIRAH BINTI MOHD WAJI]




PENGENALAN KAEDAH
          Pengertian اليقين dari sudut Bahasa ialah sesuatu yang jauh dari keraguan. Manakala pengertian الشك dari sudut Bahasa ialah sesuatu yang teragak-agak diantara dua perkara atau keadaan yang saling bertentangan tanpa adanya penerangan salah satu dari keduanya ketika berlakunya syak pada keduanya. Dari sudut istilah pula, الشك bermaksud teragak-agak diantara dua keadaan sama ada wujud atau tidak pada sesuatu pekara, sama ada kedua-duanya berada pada satu tahap atau yang satu lebih.
          Maksud umum perlaksanaan kaedah اليقين لا يزال بالشك ialah apabila sesuatu perkara atau sesuatu keadaan telah diyakini ketetapannya atau telah diputuskan hukumnya berdasarkan kepada dalil-dalil Kaedah ini secara umumnya bermaksud sesuatu yang diyakini oleh seseorang tidak akan dibatalkan hanya dengan sesuatu yang syak kecuali dihilangkan dengan keyakinan atau yang seumpama dengannya.
          Kaedah ini merupakan asas kepada hukum syarak. Kekuatan kaedah ini kerana ianya disandarkan kepada al-Quran, al-Sunnah dan akal. Kaedah ini paling banyak diaplikasikan dalam bab fiqh sebagaimana yang disebtkan oleh Imam Al-Suyuti. Disamping lafaz yang disebutkan di atas kaedah ini datang dengan beberapa bentuk lafaz yang lain tetapi membawa maksud yang sama.

          Kita mengakui dengan keadaan zaman pasca kemodenan ini sudah banyak berlaku perubahan dan membuka kepada beberapa permasalahan yang baru yang belum dibincangkan di kalangan ulama’ yang terdahulu. Justeru perlu adanya jawapan dalam permasalahan tersebut di dalam Islam. Adalah mustahil, untuk mengeluarkan hukum atas nama hukum fiqh Islam jika sekiranya tidak disandarkan kepada sumber pensyariatan di dalam Islam. Antara lain, dengan penguasaan dan pemahaman kaedah fiqh ini, ianya mampu untuk dijadikan sandaran dan disiplin dalam mengeluarkan sesuatu hukum selain berdasarkan kepada ilmu usul fiqh, maqasid fiqh dan lain-lain.

PENGGUNAAN KAEDAH
Ibnu Abbas radhiyallahuanha menyampaikan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
لو يعطى الناس بدعواهم لادعى رجال أموال قوم ودماءهم ولكن البينة على المدعى، واليمين على من أنكر.
          Hadis diatas bermaksud kalaulah diberikan kebebasan kepada mansia untuk mendakwa miliknya harta orang lain dan darah mereka, oleh itu (dalam Islam), pembuktian menjadi tanggungjawab pertama ke atas pendakwa, dan (apabila telah sabit bukti), sumpah menolak adalah bagi mereka mengingkari (bukti).
          Hadis ini sahih menurut Imam an-Nawawi dan menjelaskan bahawa seseorang individu hanya boleh didakwa dengan sesuatu tuduhan apabila terdapat bukti yang menyokongnya. Jika kaedah ini tidak diamalkan maka sesiapa sahaja yang mendakwa dikira benar, maka akan rosaklah sistem keadilan.
          Sebagai contohnya, jika “si Fulan menuduh ataupun mendakwa seseorang itu membunuh bapanya, maka pesalah itu akan terus dijatuhi hukuman qisas”, ataupun akan ada seseorang yang mengatakan “si Fulanah telah meminjam daripadaku RM 10,000 tetapi sengaja tidak mahu membayarnya..”, sedangkan agama telah memberikan kaedah yang penting bagi menjaga hak setiap individu.

          Hukum asal bagi sema individu ialah dirinya bebas daripada sebarang pertuduhan atau pertanggunggjawaban, “الأصل براّءة الذمة” dan juga sesuatu keyakinan tidak dapat hilang dengan sebuah keraguan, “اليقين لا يزول بالشك
          Pembuktian yang disebutkan di dalam hadis di atas hendaklah diambil perhatian kerana ia adalah medium utama yang diperlukan bagi memaksa sumpah ingkar serta bantahan daripada orang yang tertuduh. Sekiranya ia tidak ada, maka pihak tertuduh tidak perlu bersumpah dengan apa-apa sumpah. Melainkan sekiranya isu berkenaan telah sampai kemuka pengadilan dan pihak hakim memutuskan supaya tertuduh untuk bersumpah. Dalam hal ini, tertuduh wajib bersumpah kerana ia adalah isu penghakiman.
          Apabila sesuatu perkara atau sesuatu keadaan telah diyakini ketetapannya atau telah diputuskan hukumnya berdasarkan kepada dali-dalil yang kuat atau tanda-tanda yang dipercayai maka perkara tersebut atau keadaan tersebut tidak akan hilang keyakinannya hanya dengan sebab sesuatu keraguan yang lemah atau andaian yang tidak disandarkan kepada dalil yang kuat. Hukum tadi akan berterusan sehingga datangnya dalil yang setara dengannya.

·      Kaedah اليقين لا يزال بالشك merupakan kaedah fiqh dan dijadikan sebagai hujah sokongan di dalam perbicaraan.

Misalnya kaedah الأصل بقأ ما كان على ما كان yang bermaksud “asal kepada sesuatu yang kekal itu mengikut apa yang ada pada sebelumnya”. Kaedah ini adalah sebahagian daripada kaedah yang utama di mana sesuatu keyakinan itu tidak boleh dihapuskan hanya dengan keraguan. Terdapat beberapa ayat al-Quran dan al-Sunnah yang menjadi panduan antaranya:
Surah Yunus ayat 36:
وما يتبع أكثرهم إلا ظنا أن الظن لا يغني من الحق شيئا إن الله عليم بما تفعلون
Maksudnya: “Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak untuk menentukan sesuatu kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.”
          Di dalam penghakiman, hakim-hakim menggunakan kaedah الأصل بقأ ما كان على مل كان untuk menentukan status suatu perkara, sebagai contoh kes pertikaian harta di mana hakim menerapkan prinsip kepastian untuk menetukan adakah harta itu jatuh di bawah wasiat ata pusaka. Di dalam kes ini hakim boleh menggunakan kaedah الأصل بقأ ما كان على مل كان kerana kaedah ini terdapat di dalam pecahan kaedah اليقين لا يزال بالشك untuk memutuskan bahawa harta tersebut adalah harta pusaka untuk pembahagaian menurut hukum faraid. Rujukan kes ini berdasarkan kes Ibrahim bin Haji Abu Bakar lawan Mohd Ali bin Mohd Sah.
·      Aplikasi kaedah
Terdapat beberapa contoh yang lebih mudah di fahami dalam menggunakan kaedah ini seperti yang kita boleh lihat di dalam beberapa bab fiqh sama ada ibadat, mamalat, qadha, hukuman dan lain-lain.
1.    Sesiapa yang berasa yakin bahawa dirinya berada di dalam keadaan suci tetapi dia syak bahawa dia telah berhadas maka ia sebenarnya dalam keadaan suci.

2.    Seseorang yang sedang berpuasa telah makan di penghujung malam dan dia syak adakah telah masuk waktu subuh, maka puasanya sah kerana asalnya masih malam.


3.    Seseorang yang berpuasa apabila beliau makan dipenghujung siang tanpa berijtihad terlebih dahulu kemudian di datangi syak adakah maghrib telah masuk ataupun belum, maka batal puasanya kerana asalnya masih siang.

FAKTA KES
Noraini binti Mokhtar
Lwn.
Abd. Halim bin Samat

Mahkamah Rayuan Syariah Di Kota Bharu, Kelantan (Dato’ Haji Dad bin Muhammad, KHS, Prof. Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi bin Abd. Majid, HMRS, n. Hj. Wan Hassan bin Wan Mohamed, HMRS) 31 Mei, 2004.
Kes Rayuan Mal No: 03000-017-004-2004
Perayu dalam kes ini mengemukakan rayuan tidak puas hati di atas keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang menolak tuntutannya pada 18 Disember 2003. Perayu Puan Noraini binti Mokhtar berumur 44 tahun mengemukakan Tuntutan Harta Sepencarian di dalam Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu menuntut sebanyak 2/3 harta-harta berikut:
1.    Sebuah rumah banglo dua tingkat yang bernilai sebanyak RM 150,000.00.
2.    Tanah tapak rumah Lot No. 727 Mukim Langgar, Jalan Long Yunus, Kota Bharu bernilai sebanyak RM80,000.00
3.    Tanah Lot No.4924 Mukim Pasir Genda, Tanah Merah 2/3 bahagian yang bernilai sebanyak RM20,000.00, semuanya berjumlah RM250,000.00
Tuntutan tersebut dikemukakan ke atas Abd. Halim Bin Samat berumur 45 tahun, iaitu bekas suaminya yang telah berkahwin pada 23.2.1984. Perkahwinan yang memakan masa selama 18 tahun 8 bulan yang dikurniakan enam orang anak dan bercerai pada 6/10/2002 di Mahkamah Rendah Syariah, Kota Bharu.
          Rumah banglo dua tingkat di atas tanah Lot 727 itu dibuat dari hasil wang bersama, tanah tapak rumah sudah didaftar atas nama bersama, iaitu ½ bahagian bagi perayu dan ½ bahagian kepada Responden. Manakala tanah Lot No. 4924 deblei semasa suami isteri, dan didaftar atas nama Responden. Perayu mengemukakan tiga orang saksi bagi menyokong tuntutannya di mana salah seorang daripadanya ialah bapanya yang menerangkan bahawa rumah tersebut pada asalnya dibuat untuk dirinya (bapa) sendiri, tetapi selepas itu ditolak dengan bayaran kepada anaknya Puan Noraini binti Mokhtar. Saksi kedua ialah kontraktor dan tukang yang membuat rumah termasuk memasang mozek dan bilik air. Dan saksi ini menerangkan bahawa Perayu yang menguruskan membuat rumah dan kenyataan ini diakui oleh Responden.
          Responden selaku Defenden semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah, Kota Bharu pada 23 Oktober 2003, dalam jawapannya di atas tuntutan Perayu menyatakan bahawa beliau tidak bersetuju dengan tuntutan Perayu selaku Plaintif dalam perbicaraan tersebut. Beliau mengaku berkahwin pada 23/2/1984 dan mendapat enam orang anak serta bercerai pada 6/10/2002. Sungguh pun beliau tidak setuju dengan tuntutan Perayu, tetapi ketika menjawap soalan balas Peguam Perayu, beliau mengaku harta-harta yang dituntut diperolehi semasa mereka dalam perkahwinan dan mengaku bahawa Perayu membayar hutang bapanya, dan mengaku juga bahawa Perayu selain dari kerja sebagai kerani di pejabat Kerajaan, berniaga semua jenis pakaian, alat-alat dapur dan sebagainya. Selain dari itu, Responden juga bersetuju di atas sumbangan Perayu dalam memperolehi harta-harta dituntut dan mengaku semasa pinjaman perumahan diluluskan, rumah tingkat bawah sudah siap dan yang menguruskan membuat rumah adalah Perayu.

Diputuskan
Mahkamah Rayuan dengan sebulat suara memutuskan bahawa RAYUAN DITERIMA dan hukuman Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu yang dijatuhkan pada 18/12/2003 DIBATALKAN. Dan mahkamah ini membuat keputusan dan menghukum harta-harta yang dituntut iaitu:
1.    Sebuah rumah banglo dua tingkat yang bernilai sebanyak RM140,000.00
2.    Tanah tapak rumah Lot. No. 727 Mukim Langgar, Jalan Long Yunus, Kota Bharu bernilai sebanyak RM80,000.00
3.    Tanah Lot No, 4924 Mukim Pasir Genda, Tanah Merah 2/3 bahagian yang bernilai sebanyak RM20,000.00 yang berjumlah semuanya sebanyak RM240,000.00, adalah sabit sebagai harta sepencarian di antara Perayu dan Responden, dan hendaklah di bahagi dua. Maing-masing mendapat ½ seorang dan hutang yang berpunca dari pembinaan rumah hendaklah masing-masing membayarnya dengan tertanggung ke atas pihak yang kekurangan hutangnya untuk membayar kepada pihak yang lebih banyak hutangnya sebagaimana yang dijelaskan dalam alasan penghakiman ini.

Keterangan kaedah Fiqh di dalam kes
            Penggunaan kaedah fiqh di dalam kes ini kembali kepada kaedah:
الأصل بقاء ما كان على ما كان
Yang bererti:
“Pada asalnya sesuatu itu berkekalan kedudukannya seperti di masa lalu”.
          Bererti pada asalnya harta itu atas nama Perayu dan Responden dan tidak ada apa-apa keterangan atau bukti yang menunjukkan sebaliknya. Ini mendatangkan puashati kepada mahkamah bahawa harta sepencarian masing-masing mendapat ½ daripadanya. Manakala rumah yang dituntut (sebuah rumah banglo dua tingkat) yang berada dalam tanah tersebut tidak ada apa-apa keterangan atau bukti yang menunjukkan bahawa rumah berkenaan dimiliki oleh salah satu pihak, baik Perayu atau Responden. Dan dengan demikian ianya dimiliki bersama oleh Plaintif dan Responden. Yang menjadi isu dalam pertikaian rumah tersebut ialah siapakah di antara mereka berdua yang membayar lebih banyak? Jika dilihat daripada pinjaman perumahan, perayu meminjam RM10,000.00 dan Responden RM80,000.00, tetapi dari pengakuan kedua-dua pihak bahawa wang pinjaman perumahan tersebut diperolehi setelah rumah berkenaan siap dibina ½ daripadanya dan bukan semua jumlah RM80,000.00 itu dibelanja untuk rumah berkenaan dan Perayu selain daripada meminjam RM10,000.00 dengan Bahagian Perumahan telah meminjam daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Lembaga Urusan Tabung Haji (LUTH). Mengenai persoalan ini kedua-dua pihak memperolehi wang dengan cara masing-masing berhutang semasa mereka masih dalam perkahwinan berjumlah sebanyak RM140,000.00 bagi menyiapkan sebuah rumah banglo dua tingkat di atas tanah Lot 727, Mukim Langgar, Jalan Long Yunus, Kota Bharu itu, di mana masing-masing berhak sebanyak RM70,000.00 atas harga rumah semasa siap dibina sebagaimana diakui oleh Perayu. Manakala Responden dalam jawapannya menyatakan nilai rumah itu ialah sebanyak RM120,000.00 dan mengikut nilai semasa yang dibuat oleh penilai yang bertauliah, Allied Group Propery Consltants ialah sebanyak RM150,000.00 dan mahkamah menerima nilai RM140,000.00 itu berasaskan kepada masa rumah itu disiapkan tambahan pula dengan Responden mengaku membayar untuk rumah sebanyak RM71,000.00 dari pinjamannya yang berjumlah RM80,000.00 itu kerana sebanyak RM9,000.00 Responden mengaku telah mengambil untuk membayar hutang kakaknya bernama Aminah sebanyak RM7,000.00 dan RM2,000.00 lagi untuk bayar hutang ibunya dan selebihnya wang Plaintif berjumlah sebanyak RM69,000.00 di mana dia membayar balik kepada bapanya sebanyak RM35,000.00, RM10,000.00 daripada pinjaman perumahan, RM6,000.00 dari Tabung Haji yang dikeluarkannya yang berjumlah semuanya RM69,000.00. perbezaan hutang sebanyak RM1,000.00 itu hendaklah dibayar oleh Perayu kepada Responden. Manakala hutang dengan kerajaan berhubung dengan rumah tersebut tertanggung atas masing-masing mebayarnya mengikut kadar yang ditetapkan ke atas Perayu dan Responden.

Kesimpulan
          Penggunaan kaedah yang terdapat di dalam kaedah اليقين لا يزال بالشك  iaitu kaedah mengembalikan sesuatu pada keadaan asalnya الأصل بقاء ما كان لى ما كان   di mana kita dapat perhatikan bahawa harta yang didapati berupa rumah banglo dan tanah lot merupakan harta sepencarian bersama walaupun pada awalnya milik bapanya tetapi dipindahkan segala tanggngjawab kepada anaknya dan menjadi tanggungjawab mereka suami isteri dan proses siapnya rumah adalah hasil bersama mereka suami isteri, maka diputuskan bahawa segala harta merupakan harta sepencarian mereka bersama.

Fakta kes
Ibrahim bin Haji Abu Bakar
Lwn
Mohd Sah bin Mohd Ali

Keterangan Jurnal Hukum, jilid 14, bahagian II, 2001.
Dalam kes ini Plaintif, Ibrahim bin Haji Abu Bakar telah memfailkan permohonan untuk mengesahkan wasiat dan hibah terhadap harta Azhari bin Mohd Ali iaitu tanah HSD 389 PT 1885 seluas 9582 kaki persegi (tapak rumah) Mukim Pekan, Jalan Rompin Lama, Pekan, Pahang.
            Azhari meninggal dunia pada 27 April 1982 dengan meninggalkan seorang isteri, Itam binti Yunus, juga meninggal dunia selepas suaminya meninggal. Plaintif adalah cucu saudara kepada si mati. Perkahwinan Azhari dan Itam tidak mendapat anak. Cuma si mati meninggalkan saudara-saudaranya sahaja. Plaintif di dalam keterangannya menyatakan bahawa dia mempunyai hubungan baik dengan arwah Azhari dan kadangkala tinggal bersama dengannya serta ada belajar mengaji quran dan Fardhu Ain dengannya. Si mati meninggal dunia di rmah Plaintif.
          Plaintif menuntut tanah HSD 389 Lot 1885 Kampung Gelang dipindah milik kepadanya dengan alasan si mati hendak memberi dan mewasiatkan tanah tersebut kepadanya. Defendan-defendan yang merupakan waris si mati membantah tuntutan tersebut dengan alasan bahawa Defendan-Defendan tidak mengetahui langsung mengenai wasiat dan pemberian tersebut dan memohon untuk difaraidkan sahaja harta si mati. Walau bagaimanapun, defendan tidak menafikan hubungan baik Plaintif dengan si mati.
          Namun begitu untutk menyokong keterangannya, Plaintif membawa satu surat akaun berkanun yang bertandatangan seramai sebelas orang di hadapan Pesuruhjaya Sumpah No.A 203 pada 29 Disember 1989. Wasiat yang dinyatakan dalam akuan berkanun itu ialah dengan kata-kata si mati. Plaintif telah membawa saksinya seramai lima orang dan empat daripada mereka terdapat dalam akuan berkanun untuk mengukuhkan lagi keterangan mengenai wasiat teapi tidak pula menyatakan masa dan tarikh mereka dengar itu.
          Namun, surat akuan berkanun itu dibuat oleh Plaintif dengan bersaksikan oleh sebelas orang saksi tadi dan surat akuan tersebut telah diikrarkan pada tahun 1989 iaitu selepas 7 tahun kematian Azhari. Kesemua sebelas orang saksi tadi tidak dipanggil ke Mahkamah untuk memberi keterangan. Tambahan pula, tiada seorang waris pun mengetahui hal ehwal wasiat dan hibah itu.
          Plaintif ada mendakwa arwah ada meminjam wang daripadanya sebanyak RM4000.00. Penyelesaian secara sulh di antara kedua-dua pihak telah dibuat. Walau bagaimanapun, perbincangan penyelesaian secara sulh ini telah gagal. Maka perbicaraan diperlukan.

Diputuskan
          Berdasarkan keterangan saksi-saksi yang dikemukakan oleh Plaintif, Mahkamah berpuas hati bahawa Plaintif gagal membuktikan bahawa si mati semasa hidupnya telah membuat wasiat untuk memberikan lot tanah kepada Plaintif. Mahkamah juga mendapati walaupun Plaintif telah mengemukakan surat akuan berkanun yang mengandungi kata-kata si mati, tetapi surat tersebt tidak ditandatangani oleh si mati dan ini tidak dikira sebagai wasiat. Tambahan pula, Plaintif telah lambat dalam proses penuntutan tanah tersebut, kerana Plaintif mengambil tindakan setelah 7 tahun kematian si mati. Oleh yang demikian, diputuskan bahawa Plaintif telah gagal dalam tuntutannya terhadap tanah milik si mati dan tanah tersebut dibahagikan mengikut sistem Faraid.

Kesimpulan
Hukum syarak yang digunakan di dalam kes di atas adalah dengan menggunakan kaedah yang terdapat dalam kaedah اليقين لا يزال بالشك iaitu الأصل بقاء ما كان على ما كان yang bermaksud sesuatu perkara itu kembali pada keadaan asalnya di mana kita lihat asal pada harta yang ditinggalkan oleh arwah Azhari perlu difaraidkan selepas didapati tiada bukti hitam putih mengenai apa-apa wasiat yang ditinggalkan oleh si mati.

Comments

Popular posts from this blog

AL-BAYYINAH ALA MUDDA'IE WAL YAMIN ALA MAN ANKAR ALAIH

AL-BAYYINAH ALA MUDDA'IE  WAL YAMIN ALA MAN ANKAR ALAIH [AHMAD FARIS AINAN BIN MOHD RADZI] PENDAHULUAN Didalam Islam, yang menjadi teras kepada pelaksanaan hukumnya adalah ia mesti adil kepada semua pihak. Sebagaimana firman Allah SWT yang mafhumnya bermaksud: “ Apabila kamu menetapkan hokum diantara manusia supaya kamu menetapkannya dengan adil ” Adil dalam konteks ini bererti memberi peluang kepada pihak-pihak untuk mengemukakan pendakwaan dan mengemukakan pembelaan diri. Atas asas ini, maka seseorang itu adalah tidak bersalah selagi mana tidak dibukutikan bersalah. Ini adalah selari dengan kaedah:     الأصل براة ذمة (tiada apa-apa tanggungan pada asalnya)”. Maka jika dikaitkan antara kaedah ini dengan isu pendakwaan atau pembelaan maka ia bermaksud seorang itu tidak menanggung apa-apa beban kesalahan sehinggalah di buktikan yang sedemikian. Pelaksanaan proses kehakiman yang adil dan saksama adalah sangat dituntut di dalam agama Islam. Hal ini d...

KEMUDARATAN ITU DAPAT DIHILANG

KEMUDARATAN ITU DAPAT DIHILANG [SITI ZAINAB BINTI HANAPI] ( الضرر يزال ) Asal dari kaedah ini adalah hadits Nabi: La Darar wa La Dirar " لاضرر ولاضرار ". Darar adalah menimbulkan kerosakan pada orang lain secara mutlak. Sedangkan Al-Dirar ialah menyanggah kemudaratan dengan kemudaratan. Hadith “La Darara wa La Dirar” ini adalah nas pengharaman darar kerana terdapat “La al-Istighraqiyyah (penafian yang merangkumi) yang membawa maksud pengharaman semua jenis kemudaratan kerana ia merupakan suatu bentuk kezaliman, melainkan apa yang dikhususkan dengan dalil seperti hukuman hudud dan hukuman-hukuman lainnya.Ini bermakna, kemudaratan dan sanggahan dengan kemudaratan yang diharamkan ialah ianya tanpa hak yang diharuskan syarak. Sementara megenakan kemudaratan dengan hak, itu adalah tuntutan syarak. Contoh: Siapa yang merosakkan harta orang lain, maka bagi yang dirosak tidak boleh membalas dengan merosakkan harta benda si perosak. Kerana hal itu akan memperluas kero...

AL-ASL BAQA' MA KANA ALA MA KANA

AL-ASL BAQA' MA KANA ALA MA KANA [MASITAH BINTI YAACOB] 1.0 PENDAHULUAN Kewujudan himpunan kaedah-kaedah fiqh dalam tradisi keilmuan Islam membuktikan bahawa terdapat usaha yang telah dilakukan oleh para ilmuwan Islam untuk menghimpunkan kaedah-kaedah fiqhiyyah untuk dijadikan panduan oleh umat Islam bagi menyelesaikan permasalahan hukum yang muncul dalam masyarakat di sepanjang zaman. Dalam tugasan kali ini saya mengambil tajuk dari   pecahan Kaidah Kubra Kedua . اﻷﺻﻞ ﺑﻘﺎء ﻣﺎ ﻛﺎن ﻋﻠﻰ ﻣﺎ ﻛﺎن   “Hukum Asal sesuatu itu   adalah kekal seperti sedia ada.” Contoh aplikasinya: Jika seseorang telah berwudhu untuk solat fardhu, dan setelah solat ia masih merasa yakin dalam kedaan suci, namun ketika hendak solat fardhu berikutnya ia ragu adakah sudah batal atau tidak, maka ia dikira tetap dalam keadaan suci. Dan hukum asal sesuatu itu adalah sepert ketetapan awal itu.  Kaedah fiqh sebagai hujah "asal sesuatu itu kekal mengikut apa yang ada sebel...