Skip to main content

Posts

KAEDAH ASASIYYAH TENTATIF ADAT KEBIASAAN

Kaedah Asasiyyah Tentang Adat Kebiasaan [AIN TASNIM BINTI RAHIMI] Pendahuluan Kaedah Asasiyah tentang al-’adah al-Muhakkamah . Qawaid fiqhiyah  (kaedah-kaedah fiqh) adalah suatu hukum kulli (menyeluruh) yang mencakupi semua bahagian-bahagiannya.   Qawa’id fiqhiyah mempunyai beberapa kaedah, salah satu kaedah fiqh yaitu  al-‘adah al-muhakkamah (adat itu menjadi dasar dalam menetapkan suatu hukum) yang diambil dari kebiasaan-kebiasaan yang wujud dan berkembang di dalam masyarakat sehingga dapat dijadikan dasar dalam menetapkan suatu hukum sesuai dengan nilai-nilai yang berkembang di dalam masyarakat. Dengan menguasai kaedah-kaedah fiqh kita akan mengetahui kelebihan menguasai fiqh, karena kaedah fiqh menjadi titik temu dari masalah-masalah fiqh, dan lebih arif di dalam menerapkan fiqh dalam waktu dan tempat yang berbeza untuk sesuatu perkara, adat kebiasaan, keadaan yang berlainan. Selain itu juga akan lebih selari di dalam menyikap masalah-masalah sosial,...

AL-ASL BAQA' MA KANA ALA MA KANA

AL-ASL BAQA' MA KANA ALA MA KANA [MASITAH BINTI YAACOB] 1.0 PENDAHULUAN Kewujudan himpunan kaedah-kaedah fiqh dalam tradisi keilmuan Islam membuktikan bahawa terdapat usaha yang telah dilakukan oleh para ilmuwan Islam untuk menghimpunkan kaedah-kaedah fiqhiyyah untuk dijadikan panduan oleh umat Islam bagi menyelesaikan permasalahan hukum yang muncul dalam masyarakat di sepanjang zaman. Dalam tugasan kali ini saya mengambil tajuk dari   pecahan Kaidah Kubra Kedua . اﻷﺻﻞ ﺑﻘﺎء ﻣﺎ ﻛﺎن ﻋﻠﻰ ﻣﺎ ﻛﺎن   “Hukum Asal sesuatu itu   adalah kekal seperti sedia ada.” Contoh aplikasinya: Jika seseorang telah berwudhu untuk solat fardhu, dan setelah solat ia masih merasa yakin dalam kedaan suci, namun ketika hendak solat fardhu berikutnya ia ragu adakah sudah batal atau tidak, maka ia dikira tetap dalam keadaan suci. Dan hukum asal sesuatu itu adalah sepert ketetapan awal itu.  Kaedah fiqh sebagai hujah "asal sesuatu itu kekal mengikut apa yang ada sebel...